Komik adaptasi filem Doraemon di Popular Bookstore.


Tadi singgah Popular. Nak cari komik Lawak Kampus 46 versi Bahasa Cina tapi tak jumpa pulak. Tak tahu lah Popular jual ke tak. Balik rumah tepuk dahi sebab keluar tanpa tanya staf kat situ. 😅

Masa kat dalam kedai buku tu, aku perasan ada banyak komik Doraemon. Kali ni bukan komik berjilid yang biasa tu. Tapi komik adaptasi filem-filem Doraemon. Banyak pulak tu. Komik filem ada 7. Komik Stand by Me ada 4 (2 versi komik dan 2 versi novel).



Ada jugak satu komik yang tajuknya Hikayat Doraemon. Menarik cover depan komik ni. Cerita komik ni pasal kisah hidup pelukis dan pencipta Doraemon iaitu Fujio F. Fujiko.


Semua komik ni terbitan Gempakstarz. Mungkin diorang dapat lesen untuk translate ke dalam Bahasa Melayu. Sebab aku pernah nampak komik Doraemon ni dalam Bahasa Jepun tapi entah kat mana lupa pulak.

Teringin nak beli. Bukan sekarang lah. Bila tengok wallet, terpaksa lupakan. Mungkin next time kalau ada rezeki lebih, boleh lah rembat beberapa buah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Nampaknya Doraemon masih relevan hingga kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih. Tiap-tiap tahun ada filem Doraemon kat pawagam.

      Delete
  2. komik skrg harga pn dah mahal x mcm dulu kan.. suka doraemon dari zaman adik mama kecil dia suka tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mahal. Kalau cerita best berbaloi beli. Tapi kalau tak best, serik dah nak beli. 😁

      Delete