Harga domain NetKL naik lagi tahun 2023.


Semalam tepat jam 10 malam, aku dapat emel dari NetKL. Ingatkan nak bagi durian runtuh. Maklum lah. Sekarang kan musim durian. Tapi rupanya dapat durian busuk. Ada berita kurang enak untuk semua pengguna domain dari NetKL.


Harga domain yang sepatutnya RM55 sekarang, dinaikkan lagi kepada RM60. Sadis kan? Tapi benda ni dah expected pun. Aku pernah buat entri pasal ni tak lama dulu. Terima dalam keterpaksaan.


Berdasarkan apa yang dinyatakan, syarikat yang handle domain iaitu Verisign dibenarkan naikkan harga domain 7% setiap tahun selama 4 tahun berturut-turut. Kemudian, lepas 4 tahun tu, diorang tak boleh naikkan harga domain selama 2 tahun berturut-turut.


Jadi, mengikut perkiraan, tahun 2023 ni tahun ke-4 dan bermula tahun 2024 dan 2025, harga domain akan maintain RM60 kecuali lah kalau NetKL baik hati turunkan harga.

Adakah harga RM60 ni akan terus naik tahun-tahun mendatang? Boleh cecah RM200? Entah. Aku pun tak pasti berapa maksimum harga domain setahun yang dibenarkan. Kalau dah ratus-ratus setahun, memang tak mampu lah blog aku nak kekalkan dotcom ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Rasanya macam tiap-tiap tahun naik.. Haha

    ReplyDelete
  2. Dah 3 kali rasanya lepas guna netkl ni. Asyik naik je bila nak turun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Entah turun ke tak, tak siapa yang tahu. 😌

      Delete
  3. Saya beli domain pun masih baru dua bulan...masih harga promo..entahlah taun depan😀

    ReplyDelete