Merdeka yang paling diingati.


Setiap orang ada kisah yang berbeza pasal merdeka. Ada yang terkenangkan detik gembira dapat tengok perarakan merdeka kat Dataran Merdeka. Ada yang seronok bila throwback bulan merdeka masa zaman sekolah. Ada jugak yang seronok dapat holiday dan jalan-jalan dengan keluarga dan kawan-kawan.

Aku pulak lain kisahnya. Dalam banyak-banyak tahun merdeka, aku paling suka tahun 2009. Kenapa? Teka lah. Kalau masih ingat, tahun ni jugak lah tahun Najib Razak jadi Perdana Menteri yang ke-6.

Kalau sebut Najib, mesti akan ingat dengan Gagasan 1Malaysia kan? Waktu ni aku baru masuk belajar. Jauh dari famili. Hanya phone yang jadi peneman aku untuk hilang kesunyian. Phone pulak. Dah kenapa?

Kalau nak tahu, sempena merdeka tahun tu, ada satu pertandingan cipta lagu yang diberi nama Pertandingan Cipta Lagu 1Malaysia. Untuk semarakkan lagi semangat kemerdekaan dan patriotik, maka pertandingan cipta lagu ni diwujudkan.


Dalam beratus-ratus lagu, 10 lagu terbaik dipilih dan tak silap aku, boleh vote lagu-lagu ni via website 1Malaysia dan Hot FM. Waktu tu kan industri muzik Malaysia tengah naik. Bukan je artis syarikat rakaman yang buat lagu best, band indie pun tak kurang menariknya.

Finalis pertandingan ni memang antara yang hebat-hebat. Tokti, Faizal Tahir, Tomok, Maya Karin, Noh Hujan, Shila Amzah pun join sekali.

Dulu mana ada Spotify. itunes? Minoriti student je yang pakai iPhone. YouTube masih baru nak up. Tak trending lagi waktu tu, tak macam sekarang. Dulu, nak dengar lagu kena bukak 4shared atau aimini. Student zaman tu kalau tak tahu website ni memang noob lah. 😁


Malaysia Satu - Faizal Tahir



Ku teguh berdiri
Tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani
Melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janjiku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Kau adalah ilham
Pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang
Demi membawa perubahan
Satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia
Kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang
Kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Genggaman tanganmu
Semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu
Harapanmu ingin ku laksanakan

Aku ingat lagi. Selain lagu Kpop, masa nak exam pun aku boleh layan lagu-lagu patriotik top 10 ni kat phone. Memang tak dinafikan lagu Faizal Tahir (Malaysia Satu) memang best dan layak jadi juara. Tapi waktu tu aku vote lagu Tomok (Satu). Entah kenapa lagu Tomok tu lagi dekat dengan jiwa aku.


Satu - Tomok



Kau roda ku keretanya
Bersayap ke udara
Kau lengkap apa yang cela
Ku pula membantunya

Tak kenali beza warna
Sehati seangkasa
Di balik banyak budaya
Ternyata ia serupa

Satu jiwa dan satu cita
Satu rasa satu Malaysia
Satu bangsa dan satu cinta
Oh Oh Oh Oh Oh Oh

Kau dan ku sama sahaja
Nak maju terus mara
Terunggul di mata dunia
Itulah janji kita

Galaksi ku ada kamu
Kerana ia satu
Jangan pandang kisah lalu
Hidup kita dah baru

Satu jiwa dan satu cita
Satu rasa satu Malaysia
Satu bangsa dan satu cinta
Oh Oh Oh Oh Oh Oh

Kau dan ku sama sahaja
Nak maju terus mara
Terunggul di mata dunia
Itulah janji kita

Ku mahu kau ikut sama
Mengerti 'kan irama
Rentak ku rentak mu jua
Ayuhlah ikut serta

Satu jiwa dan satu cita
Satu rasa satu Malaysia
Satu bangsa dan satu cinta
Oh Oh Oh Oh Oh Oh

Satu jiwa dan satu cita
Satu rasa satu Malaysia
Satu bangsa dan satu cinta
Oh Oh Oh Oh Oh Oh

Satu jiwa satu cita
Satu Malaysia
Satu bangsa satu cinta
Oh Oh Oh

Satu Malaysia

Tahun tu jugak lah tahun yang paling banyak lagu merdeka dimainkan dan diputarkan kat corong radio. Macam jadi satu fenomena pulak. Bagi aku, kebanyakan lagu-lagu top 10 tu sangat fresh dan kena dengan generasi muda waktu tu.

Itu lah waktu merdeka yang paling aku ingat dan rasa cukup bersemangat. Kalau pertandingan macam tu wujud lagi zaman sekarang ni pasti best. Mesti penyanyi BBNU ramai yang join sambil berjoget sakan. 😆

Post a Comment

14 Comments

  1. Semangat patriotik dedulu dengan sekarang dah tak sama kan . hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat. Dulu siap pacak bendera kat kereta dan motor.

      Delete
  2. Iya laa teringat Gagasan 1Malaysia.. Lagu patriotik dulu pun best juga boleh layan..

    ReplyDelete
  3. Masa zaman DS najib dulu banyak lagu kebangsaan yg best2. Lagu 1 malaysia jugak yg saya suka 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Salah satu usaha untuk tingkatkan semangat patriotik.

      Delete
  4. Lama gila tak dengar lagu2 ni... menggamit memori betul!

    ReplyDelete
  5. Yang sentiasa lalu di radio, lagu Sudirman... Tanggal 31, bulan lapan lima puluh tujuh 🕺

    ReplyDelete
  6. betul masa zaman Dato Najib tu, lagu 1 Malaysia best sangat layannnn je dengar

    ReplyDelete