Menang giveaway Gempakstarz part 2.


Kali ni aku nak share pengalaman kali kedua aku jadi salah seorang pemenang giveaway Gempakstarz. Sama macam dulu, giveaway kali ni dibuat secara live lepas diorang promote produk bundle kat FB.

Masa sesi live ni, aku macam biasa lah. Lepas solat Jumaat, tercongok depan laptop. Live pukul 3 petang baru start. Soalan yang diorang tanya pun senang. Aku yakin semua yang tengok live tu boleh jawab.


Entah macam mana, masa aku keluar pergi pasar raya, aku terima mesej mengatakan yang aku merupakan salah seorang pemenang giveaway. Excited lah aku waktu tu. Diorang mintak details untuk pos hadiah.


Selang beberapa hari, hadiah aku pun sampai. Kali ni, aku dapat sebuah komik Hyouka dan beberapa ketul merchandise macam sticker dan magnet. Cantik pulak tu. Bukan senang tau nak dapat semua ni.

Tapi sampai sekarang aku belum baca lagi komik Hyouka tu. Lepas simpan dalam kotak, terus tak keluarkan. Tak sempat nak baca. Risau nanti kalau baca, terus addicted nak baca komik sambungannya. 😆

Post a Comment

10 Comments

  1. Cuya dapat novel, sampai skrg tk baca lagi...
    Banyak sebenarnya buku yang tak terbaca.
    Tahu beli je, baca tidak... hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sama lah. Kadang beli siap-siap sebab ada sales dan diskaun.

      Delete
  2. Wah.. rajin joint live.. Tahniah..
    hadiah semua menarik..

    ReplyDelete
  3. Sha tag Bola Katok disini..
    https://kasihkuamani.blogspot.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html

    ReplyDelete
  4. Selamat ya sudah jadi pemenang giveaway

    ReplyDelete