Delivery attempt was unsuccessful: Melebihi waktu operasi droppoint. J&T buat hal lagi?


Pernah terima status macam ni bila beli barang kat Shopee? Aku baru sejak dua menjak ni alami benda alah ni. Apa maksudnya?

Benda alah ni terjadi bila rider atau driver J&T tak dapat hantar barang yang diorang sepatutnya hantar hari tu. Selalunya disebabkan tak cukup masa. Mungkin diorang bawak barang banyak tapi tak sempat hantar disebabkan jalan jem dsb.

Kalau satu barang dapat 3 status macam ni, macam mana pulak? Aku ada order barang dari Shopee. Seller guna kurier J&T. Barang aku sepatutnya dapat 4 April. Tapi sampai hari ni, J&T masih tak dapat hantar. Kenapa?


Aku call J&T sebab risau barang aku hilang. Nanti tak pepasal dicop missing item. Staff J&T inform barang aku tu driver dah ambil keluar (takde kat ofis). Tapi bila aku call driver, katanya dia tak sempat nak hantar dan ada driver yang berhenti. Kiranya tak menang tangan lah. Paling sadis, katanya dia tak boleh janji untuk hantar esok atau hari lain. What?

Boleh tengok contact details dalam app J&T kat phone.

Aku keliru. 3 hari. Dalam masa 3 hari, barang dibawa keluar, tapi tak boleh hantar dengan alasan tak sempat. Nasib baik bulan puasa. Sabar je lah. Takkan takde orang yang tengok barang tu dah delay beberapa hari?

Husnuzon. Aku faham situasi sekarang. Bulan lepas pun dah ada kes viral dengan J&T. Tapi tak sangka kat tempat aku, ada jugak masalah. Setahu aku, J&T sini elok je. Cepat, tangkas dan efisien.

Harapnya barang aku tu cepat lah sampai. Nasib aku beli buku je. Kalau beli barang basah yang tak boleh duduk lama-lama kat luar, macam mana? Tak ke naya? 😌

Post a Comment

14 Comments

  1. Perasan juga mereka hantar tidak tunggu kita keluar.
    Bagusnya tiada jumpa bersemuka.
    Pasal terlebih masa mungkin sebab sekarang banyak kenderaan di jalan raya masa lari.
    Harap dapat barang awak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah. Jenuh menunggu berhari-hari. Rasanya kalau tak dapat hantar on time, driver sepatutnya call dulu. Mungkin customer boleh pergi sendiri ambil kat ofis dsb.

      Delete
  2. Semoga barang selamat. Sesetengah tempat J&T ada masalah kot. Jika di kawasan Naim masih ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Dulu kat sini elok je. Sekarang makin kureng servisnya.

      Delete
  3. Dania pun terkena last 2 week, beli baju untuk high tea last sekolah dia..dah selesai high tea tu baru sampai baju dia...geram je...bukan sebab apa..dah la mahal lepas tu tersangkut kat J&T lama kan...terpaksa beli baju lain...geram je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kita punya lah mengharap sampai on time. Tup tup buat onar pulak tanpa inform tak boleh hantar on time.

      Delete
  4. mujur beli buku , kalau beli macam makanan kering tu ,,eemmm lama juga la jnt peram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau makanan, haru lah jawabnya. Tak kuasa nak pergi ofis ambil sendiri. Kalau dapat claim shipping takpe jugak.

      Delete
  5. Hmmmm,and now sy mengalami masalah yg Sama seperti awk😭😭,dia ckp melebihi waktu operasi.....habistu jika bende ni berlaku...ape perlu buat???adakah kene tunggu je????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Call cawangan J&T yang pegang barang tu. Nombor phone diorang akan muncul bila check tracking number dalam app J&T kat phone.

      Delete
  6. Kalau dia tulis "delivery attempt was unsuccesfull. Penghantaran dibatalkan", maknanya kena ambil sendiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena contact cawangan. Nanti diorang akan inform balik.

      Delete