Ulasan komik Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja.


Baru berkesempatan menelaah komik Wira Kera ni walaupun dah lama beli. Asalnya aku tak minat pun nak beli komik macam ni. Sebab aku lebih suka baca komik stail kampung moden macam komik Atan, SS10 dan komik-komik dari Gempakstarz.

Kalau tengok cover Wira Kera ni pun dah boleh agak pasal apa kan? Kera? Monyet? Sun Wukong? Son Goku? Journey to the West? Betul. Tepat tekaan anda. Komik Wira Kera ni diinspirasi dari cerita Journey to the West.


Bila cakap pasa Journey to the West ni, dah tentu lah Dragon Ball yang paling famous kan? Siapa yang tak kenal Dragon Ball atau Mutiara Naga, rugi lah beliau. Antara kartun paling terkenal kat Malaysia sebelum trendingnya zaman Naruto.

Tajuk: Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja
Karya: Hafiz Ismail
Harga: RM12.00 / RM14.00 (SS)
ISBN: 9789674815929
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 24 November 2020
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.

Sinopsis


Kisah kera jadian, Kara Andika yang dikurung dalam penjara sebab dikatakan kera jadian merupakan antara 5 makhluk jadian yang berbahaya dan dapat menggugat keamanan dan kedaulatan sesebuah negeri. Namun, raja yang memerintah pada waktu tu, Arslan Shah bebaskan Kara Andika dengan syarat tertentu. Maka, bermula lah pengembaraan Kara Andika bersama temannya, Omar ke Utara bagi memenuhi permintaan raja.

Ulasan


Lepas beli dan belek beberapa muka surat komik ni, aku jatuh hati. Aku suka dengan style atau stroke lukisan Wira Kera ni. Sangat kemas. Setiap sisi dan sudut karakter dilukis dengan teliti. Ditambah lagi dengan latar belakang yang cantik.


Gaya lukisan ni buatkan aku teringat manga Fairy Tail. Salah satu manga yang aku suka sebab gaya lukisan yang lawa. Tak nampak moden sangat tapi lebih kepada tradisional. Lukisan Wira Kera ni macam kombinasi gaya lukisan Hiro Mashima, Akira Toriyama dan Hayao Miyazaki.

Kekurangan


Plot komik ni dah ada. Jelas. Pengembaraan watak utama, Kara Andika ke Utara. Tapi jalan cerita terlalu meleret-leret. Aku faham pelukis cuba tambah beberapa babak aksi untuk buatan komik ni nampak menarik. Tapi sebagai komik pertama, cerita ni macam tak sesuai. Kalau Wira Kera #1 ni dijadikan buku kedua (prekuel), aku rasa lagi better.

Lawak yang ada pun macam kurang sesuai. Ada satu babak tu, Kara Andika pergi serang istana sebab dia ingat raja curi pisang yang dia tanam. Siap bertumbuk bagai dengan beberapa haiwan jadian yang lain. Tup tup dia silap. Kata raja, ayah Kara Andika yang jual pisang yang raja makan dan mungkin ayah dia dah asingkan siap-siap pisang Kara Andika tu. Aku nampak lawak-lawak dalam Wira Kera ni dibuat-buat untuk paksa pembaca gelak.


Mungkin expectation aku terlalu tinggi. Dan mungkin komik ni fokusnya kepada golongan kanak-kanak atau awal remaja. Bagi aku yang dah masuk kategori remaja purba ni, lawak buat-buat dan jalan cerita yang meleret-leret, aku kurang suka. Aku prefer cerita Wira Kera ni lebih bersifat serius dan kalau ada lawak sekalipun, lawaknya lebih matang, kena dengan gaya lukisan yang cukup menarik.

Apa-apa pun, komik Wira Kera ni masih lagi menjadi salah sebuah komik Malaysia yang patut dibaca atau dimiliki oleh peminat komik (yang tak minat pun boleh baca). Jarang nak jumpa naskhah komik yang cantik dan memaparkan ciri-ciri tradisional macam ni.

Post a Comment

6 Comments

  1. Kalau tak silap naim, kartunis ini habaq dia inspirasi dari journey to west

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dalam komik ni pelukis ada inform.

      Delete
  2. Syok baca komik ini tapi bersambung lah pula.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Antara komik yang ketengahkan style Melayu dulu kala.

      Delete