Hasil tangkapan baucar Semarak Membaca 2022 dah sampai.


Alhamdulillah. Selamat mendarat dengan jayanya batch pertama buku-buku yang aku order guna baucar Semarak Membaca 2022. Semuanya dari Shopee. Aku belum pernah lagi redeem kat kedai fizikal. Kat Shopee bagi aku senang sikit. Boleh bajet buku mana yang nak beli. Takde lah kalut nak pilih masa kat kedai buku.

Semuanya komik


Macam biasa lah. Komik lah yang jadi pilihan aku kali ni. Novel, aku kurang minat. Ada je koleksi Ramlee Awang Murshid, Hilal Asyraf, novel-novel lama DBP dsb. Cuma aku lebih minat nak kumpul komik. Nak cukupkan koleksi. Ada jugak yang memang aku plan nak beli dari dulu lagi. Dapat peluang, terus sambar. Jimat duit kan?

1. An & Manisan Jepun



Salah satu siri komik yang dah lama aku nak beli tapi tak cukup bajet. Bersawang dah dalam troli Shopee. Komik ni ada 3. Aku belum baca lagi. Setakat aku tahu, komik ni pasal gadis chubby yang diberi nama An. Kisah kehidupan dia kat kedai manisan yang dikelilingi manusia yang macam-macam ragam.

Komik terbitan Gempakstarz lama dulu. Tapi komik ni dah tak diterbitkan. Sesetengah kedai je yang masih ada lagi stok komik ni.

Harga asal: RM33.48 (total)
Harga diskaun: RM18.09 (total)

2. KK Superboy (KK小超人)



Dulu aku dah pernah beli buku pertama. Kali ni, dengan menggunakan baucar, aku terus beli komik kedua dan ketiga (keempat coming soon). Sasbadi yang jual. Antara komik yang dah lama ada dalam troli Shopee aku.

Komik KK Superboy versi ni hanya ada dalam Bahasa Cina. Walaupun aku tak pandai berbahasa Cina, Google Translate kan ada. Aku suka komik macam ni. Ada terselit nilai moral. Seronok baca.

Harga asal: RM25.02 (total)
Harga diskaun: RM14.90 (total)

3. Ejen Ali



Beli sebab nak lengkapkan koleksi walaupun masih jauh lagi. Kali ni aku beli isu 12, 14, 15, 16 dan 17. Nak beli isu 13 tapi takde stok. Takpe lah. Beli apa yang ada dulu.

Bukan apa, teringin nak kumpul set lengkap Ejen Ali. Terasa macam rugi pulak kalau tak kumpul salah satu karya tempatan yang ada sekarang. Nanti bila dah semua sold out, baru tercari-cari.

Harga asal: RM20.00
Harga diskaun: RM10.00

4. Bekazon



Sebenarnya aku beli majalah Bekazon ni tak guna baucar pun. Sebab harga ni memang dah murah. Waktu tu kedai buat sales. Alang-alang nak check out buku lain, aku pun tambah lah sekali majalah Bekazon ni.

Ada kisah di sebalik majalah Bekazon isu #02 dan #06 yang aku beli ni. Hari tu aku order kedua-dua majalah ni. Tapi masa sampai kat aku, aku perasan ada berapa bahagian yang rosak dan kemik. Mungkin sebab kecuaian kurier masa delivery. Satu lagi, peliknya, dua-dua majalah ni macam dah pernah dibaca. Bahagian depan tulang (cover) dah loose. Seolah-olah dibaca beberapa kali.

Aku pun inform seller dan dia ganti baru. Nasib baik kan? Aku bukan apa. Walaupun beli dengan harga diskaun, tapi duit tetap duit kan? Bila sampai yang diganti, siap diletak dalam plastik. Baru puas macam ni.

Bekazon isu #02: RM3.25
Bekazon isu #06: RM4.90

Post a Comment

6 Comments

  1. berbaloi juga beli , sebab diskaunnya bukan sikit2 tu ..dari berpuluh tingal belas2 ringgit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jauh beza dari harga asal. Seller pun untung dapat clear stock. 🤭

      Delete
  2. Pergh!! Terbaik.. Selamat membaca..

    ReplyDelete