Shila Amzah juara The Masked Singer Malaysia Musim ke-2.


Tahniah Shila Amzah yang berselindung di sebalik persona Rambutan. Selepas 10 minggu bertanding, akhirnya juara jadi milik dia.

Juara: Rambutan (Shila Amzah)
Naib juara: Seladang (Amir Masdi)
Ke-3: Orkid (Liza Hanim)
Ke-4: Burung Hantu (Hannah Delisha)
Ke-5: Ratu Semut (Ara Johari)


Sebenarnya, berdasarkan suara dan klu yang diberi, ramai yang dapat agak Rambutan ni Shila Amzah. Suara dia tu hanya dia je yang ada. Penyanyi lain tak mampu buat, even adik dia (Syada Amzah) sekalipun. Kalau Tokti miliki suara yang gemersik, Shila Amzah pulak ada suara yang mendayu-dayu.

Minggu Lagu Klu
1 Kurik Kundi - Siti Nurhaliza
  • Klu: Rambutan besar rambutan kecik, datang daripada keluarga yang sama
  • Jawapan: Dia ada selebriti dalam famili (ND Lala dan Syada Amzah)
2 Impikan - Dolla *Tak jumpa video klu minggu ni
3 Levitating - Dua Lipa
  • Klu 1: Kedai nasi Arab
  • Klu 2: Magic
  • Jawapan: Dia nyanyi OST dalam filem Aladdin
4 Teman - Iman Troye
  • Klu 1: Game
  • Jawapan: Dia sukakan competition
  • Klu 2: Saranghaeyo
  • Jawapan: Dia nyanyi lagu EXO dalam I Am a Singer
5 Kasihnya Laila - Jinbara
  • Klu 1: Gitar
  • Jawapan: Dia pandai main gitar
  • Klu 2: Apa yang kita rancang tak semestinya menjadi
  • Jawapan: Dia tak menang dalam I Am a Singer / pernah ada isu dengan media massa
6 Curiga - Ning Baizura
  • Klu 1: Persamaan 13x8/90
  • Jawapan: Birthday dia 13 Ogos 1990
  • Klu 2: Cerita pasal sekolah
  • Jawapan: Album Terima Kasih Guru
7 Jangan Kau Mimpi - Siti Sarah
  • Klu: Kemas rumah
  • Jawapan: Ada artikel pasal dia kemas rumah kat Cyberjaya (link)
8 Revolusi - Bunkface
  • Klu 1: Gagal sekali bukan gagal selamanya, tak pernah mengalah, selalu mencuba
  • Jawapan: Pertandingan dan rumah tangga (?)
  • Klu 2: Bila orang buat sesuatu padaku, aku akan kejar ke akhir garisan, jangan ingat kau boleh lari
  • *Yang ni aku tak pasti isu apa yang dia cuba sampaikan
9 Belum Siap Kehilangan - Stevan Pasaribu
  • Klu 1: Butik pakaian
  • Jawapan: Dia ada design pakaian Muslimah (Butik Asyikin Exclusive)
  • Klu 2: Butik Azura Couture
  • Jawapan: Bak kata Ramona Zamzam, dia dengan Shila Amzah rapat dengan Azura Couture yang buat baju untuk diorang
10 Bujang Senang - Wings
Hurt - Christina Aguilera
*Tak banyak klu ketara

Sepanjang 9 minggu, macam-macam tone suara yang dia buat. Mungkin nak kelirukan juri dan penonton. Mungkin nak cuba kepelbagaian tone suara. Mungkin jugak nak tengok tahap mana dia mampu nyanyi sesebuah lagu. Even dia boleh buat suara soprano gaya Ning Baizura. Minggu 10, jelas suara dia dalam kedua-dua lagu. Apa-apa pun, tahniah sekali lagi kerana menjuarai pertandingan nyanyian. Semoga lepas ni lebih sukses dan dihargai semua.

 P.S. Dalam 5 finalis tu, aku paling tak sangka Hannah Delisha boleh nyanyi lagu dengan vokal yang tinggi. Selalu dengar dia nyanyi lagu slow dan ballad je.

Post a Comment

6 Comments

  1. Lama dah saya tinggalkan menonton pertandingan nyanyian.. Bukan maksud tak suka.mendengar lagu, cuma dah tak minat sangat nak menonton tv.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti boleh tengok. Saya pun jarang follow up rancangan TV. Hanya yang betul-betul menarik je tengok.

      Delete
  2. Suara dia tu.. walau ubah pun ada gaya dia lagi..

    ReplyDelete