Pengalaman ngeri beli kek McDonald's.


Semalam aku ada order kek Belgium Chocolate dan air mocha McD. Guna delivery sebab malas nak keluar rumah. Harga set sepotong kek ni dan air RM13.67 tak termasuk caj delivery.

Tapi kena order dua jam awal. Mungkin tak cukup rider nak tolong hantarkan. Jadi, aku pun order lah kek ni. Sebelum pukul 4 petang aku order, dalam pukul 6.30 petang, rider McD sampai. Excited sebab jarang sekali aku beli kek McD. Dulu pernah beli kek pandan tapi give up sebab manis sangat.

Kek dan air cair!


Malang nasib aku. Kek yang aku dapat, cair (refer gambar atas). Takde rupa kek. Aku tak pasti kek ni kek baru atau lama. Atau kek ni dah dikeluarkan lebih awal sebelum rider gerak? Atau thermal bag rider ada masalah?

Jarak cawangan tu dengan rumah aku boleh tahan jauh. Tambah tolak 10 km. Tapi setahu aku, jauh mana sekalipun, kek atau air takkan cair macam tu selagi tersimpan elok dalam thermal bag.

Terus contact McD, bukan serang!


Aku tak puas hati. Tak dapat makan kek. Kebulur nok! Nak order keesokan hari dah tak boleh sebab start puasa. Tak kuasa aku nak berbuka dengan kek. Aku pun contact staff McD. Nombor phone diorang ada kat resit.

Lepas tunjuk bukti, staff yang aku contact tu kata akan ganti dengan kek dan air yang baru. Staff tu mintak aku pulangkan kek dan air yang cair. Katanya nak investigate (ke tak percaya kat aku?). Takpe lah macam tu kan? Benda boleh bincang, buat apa nak pergi serang? Ingat aku ni Akak 7e ke?

Kek ganti ni nampak elok dan fresh.

Alhamdulillah. Lepas maghrib, rider sampai. Kek dan air mocha yang baru ni, elok. Kek tak cair, cuma air yang cair sikit. Krim hilang entah ke mana. Aku tak kisah pun bab air sebab niat aku nak makan kek je.

Ulasan


Kek Belgium Chocolate ni sangat sedap. Lemak berkrim. Tapi manis. Bagi aku, sangat manis. Makan sekali-sekala mungkin boleh kot. Air mocha (yang dah hilang krim) tu pulak, aku tak berapa suka. Tak terasa mocha tapi lebih kepada latte. Mochanya tak kick. Mungkin sebab ais dalam tu dah cair, buatkan air mocha tu hilang rasa asal.

Nak order lagi lepas ni? Entah. Mungkin lepas ni aku stick pada order ayam atau burger je. Tak nak buang masa lagi macam ni. Lagipun, kesian rider nak kena hantar sekali lagi semata-mata seketul kek dan air yang cair. LOL.

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah, nasib baik dapat refund

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nasib diorang rajin hantar yang baru. 😄

      Delete
  2. Alhamdulillah dia ganti balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kalau tak ganti, boleh naik darah rasanya. 🤭

      Delete
  3. hak kita sebagai pengguna wajib diketengahkan , ia la bayar mahal-mahal alih2 dapat kek cair , mujur dapat ganti yg baru .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Nasib kek baru memang baru. Pelik jugak macam mana boleh cair sampai buruk sangat rupanya.

      Delete