Maggi Tomato Delight: Satu lagi produk terbaru Maggi.


Produk terbaru Maggi yang baru beberapa minggu dipasarkan. Adik-beradik perisa aglio olio yang aku pernah review sebelum ni. Kali ni perisa tomato. Pernah makan mi segera perisa tomato? Aku tak pernah lagi jumpa kedai yang jual. Kalau sos spageti tu ada lah.

Ulasan


Paket, mi, perencah basah dan perencah kering.

Terus-terang, aku tak suka makan mi wholegrain. Sangat tak kena dengan cita rasa aku. Mungkin untuk orang yang tengah diet atau jaga body, sesuai lah kot makan mi macam ni.


Tapi yang best Maggi Tomato Delight ni datangnya dari perencah tomato tu sendiri. Ada dua jenis. Satu perencah basah dan satu lagi perencah kering. Rasa sedap yang hampir sama dengan sos spageti yang ada kat pasaran. Bau dan rasa tu bagi aku, dah elok. Kedua-dua perencah ni tak pedas. Jadi, jangan expect rasa pedas kalau beli perisa ni.

Kalau Maggi tak guna mi wholegrain dan guna mi biasa, aku pasti rasa lagi better. Sebab mi wholegrain ni macam tawar sikit dan kacau rasa keseluruhan perisa baru ni.

Post a Comment

8 Comments

  1. tak makan tomato so tak rasa nak cuba haha

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap...boleh try nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rasa sebijik spageti. Mi je yang lain.

      Delete
  3. sekarang juga saya cari.. hehehe.. Menarik untuk dicuba nie..

    ReplyDelete
  4. ada terjumpa kat supermarket , tapi belum cuba beli lagi , lepas puasa ni la nak cuba sedap ke tak sedap

    ReplyDelete