Maggi Aglio Olio x Vit's Aglio Olio: Sama tapi tak serupa.


Maggi akhirnya ikut jejak langkah Vit's hasilkan perisa aglio olio. Tak dinafikan perisa aglio olio yang asalnya dari Itali ni sangat sedap. Haruman minyak zaitun dan bawang putih serta pedas-pedas manja kepingan lada tu yang menarik perhatian aku untuk terus makan.


Aku pernah makan aglio olio dari Vit's. Sangat sedap. Memang terasa ke-Itali-an kat situ. Harga takde lah mahal macam jenama Samyang yang terkadang mampu tengok tu. Untuk makluman, mi segera perisa aglio olio hanya ada dua kat Malaysia setakat ni: Maggi dan Vit's. Adakah jenama lain akan ikut serta nanti?

Showdown

Kiri Maggi, kanan Vit's.


Perkara Maggi Vit's
Mi Sedikit halus, tak kenyal Tebal, kenyal
Perencah Kurang kick, rasa tak seimbang Kick dan seimbang
Kepedasan Normal Normal
Harga RM7.50 (5 pek) RM5.95 (4 pek)


Bagi aku, aku lebih suka makan aglio olio versi Vit's. Pertama, mi yang digunakan tu lebih kenyal berbanding Maggi. Bila makan, rasa smooth je. Tak terasa rapuh macam mi Maggi. Kedua, perencah Vit's terbaik! Aku gilir-gilir rasa Maggi dan Vit's. Ternyata perencah Vit's lagi padu. Bau minyak zaitun dan bawang putih sangat ngam. Bila makan, sangat sedap dan terasa lebih Itali berbanding jenama Maggi.

Penambahbaikan untuk Maggi


Tekak dan lidah aku memang tak mampu nak makan aglio olio versi Maggi. Rasa pelik. Part ketara adalah mi tu sendiri. Bagi aku, tak sesuai guna mi yang sedikit nipis dan tak kenyal macam tu. Bila makan, terasa mi tu terlebih gandum pulak. Even mi sebenar aglio olio pun tebal (mi spageti). Mungkin jugak sebab Maggi guna mi wholegrain. Lain dari mi biasa.

Untuk perencah, terasa sangat tak seimbang. Ada rasa masin, ada rasa tawar. Padahal aku dah gaul cukup sebati perencah dengan mi tu. Dua benda alah ni kalau upgrade, mungkin rasa tu lebih better.

Post a Comment

11 Comments

  1. Saya tak makan makanan macam ni . Maggi kari biasa saya makan

    ReplyDelete
  2. oo...menarik ni..belum try lg dua2 jenama...sesekali nak try perisa eropah..

    ReplyDelete
  3. Kena cari Vit's aglio olio.
    Hehe saya sudah rasa macam-macam perisa mi segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba tu. Nanti senang nak tahu mana yang boleh repeat order. πŸ˜„

      Delete
  4. Alaaa....nak cari kat mana erk...kat Seremban macam x nampak pun...lagi satu akak suka jenama Myojo...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli online. Setakat ni cari kat kedai fizikal tak jumpa lagi. πŸ˜…

      Delete
  5. Replies
    1. Kena cuba ada masa nanti. Feeling-feeling Itali gitu. πŸ˜…

      Delete