Ayam goreng Korea guna Sweet Chilli Sauce dari Mamee.


Mamee gigih hasilkan produk baru sejak dua menjak ni. Antara produk baru yang company Mamee ni hasilkan adalah sos pedas Korea yang diberi nama Korean Fried Chicken Sweet Chilli Sauce. Panjang betul nama tu kan? Tapi fungsinya sama je macam sos ayam Korea yang lain. Digunakan untuk salut ayam goreng.

Sos ni bagi aku sangat rare. Aku cari kat Lotus's, Mydin dan AEON Mall. Takde pulak diorang jual. Sama ada Mamee belum agihkan lagi untuk pasaran luar atau memang kedai-kedai tu tak jual, aku tak pasti. Setakat ni, produk baru ni hanya dijual dalam Shopee dan Lazada. Harga RM1.35 untuk satu pek kecil tu dan boleh salut dalam 4 hingga 5 ketul isi ayam. Sos ni versi botol belum wujud lagi.


Ayam goreng Korea ni nak buat senang sangat. Hanya goreng ayam salut tepung. Tak kisah tepung apa. Bestari, Adabi, Bon Chef atau Seri Aji. Asal tepung, bukan serbuk kunyit ye. Lepas siap goreng, salut je dengan sos Mamee ni. Nak panaskan sos tu boleh, tak nak panaskan pun boleh. Ikut suka hati. Kalau ada bijan, boleh letak. Kalau takde, makan macam tu je lah.

Sedap? Sangat sedap. Lepas cuba, aku terus jatuh hati. Sebelum ni, aku biasa guna sos Adabi. Tapi bila dah rasa sos Mamee, aku lagi prefer sos Mamee ni. Sebab satu, rasa sos ni tak pedas sangat. Ngam-ngam je rasa. Kedua, perisa yang digunakan tu sangat sedap. Buatkan aku menambah-nambah ayam goreng tu.

Post a Comment

2 Comments

  1. nampak sedap pulak. lagi puas kalau ada jual dalam botol kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sos ni sedap. Harapnya diorang botolkan secepat mungkin.

      Delete