Pra-tempah komik Wira Kera #2 dapat hadiah istimewa.


Aku sempat lah join pre-order ni. Katanya akan dapat beberapa barangan istimewa. Antaranya autograf kartunis komik, kad raya dan poster. Jarang Komik-M nak bagi benda free macam ni.

Tapi hanya satu platform je yang boleh order iaitu laman web Bookcafe (https://bookcafe.com.my/wk-2). Platform lain macam Shopee atau Lazada, tak boleh. Mungkin diorang nak galakkan buyer untuk gunakan website diorang.

Ini kali pertama aku cuba beli barang kat website ni. Sebab? Aku lebih prefer Shopee atau Lazada sebab boleh guna baucar free shipping. Kalau order dari website Bookcafe ni, kena caj kos shipping (paling murah RM5.90 guna ABX).

Kad lakaran khas Wira Kera




Apa yang menarik, pelukis ni announce yang 4 pembeli bertuah akan dapat sekeping kad lakaran khas Wira Kera setiap seorang. Kad-kad ni akan diberi secara rawak. Entah siapa lah yang bertuah nanti tu. Boleh lah simpan buat koleksi istimewa nanti.

Post a Comment

2 Comments