Pertama kali tengok filem Mission: Impossible.


Aku bukan peminat tegar siri Mission: Impossible (MI) atau siri James Bond. Jujurnya, aku tak pernah tengok walau satu pun filem dari siri-siri ni. Bukannya aku tak minat cerita aksi macam ni. Ada je aku tengok filem aksi dan misi macam filem Indiana Jones, Total Recall, Jack Reacher, Kingsman, siri Bourne dan banyak lagi.

Cumanya aku rasa leceh macam nak follow up filem MI dari awal. Bagi aku, filem ni pun agak berat dan antara fast-paced movie. Tak best lah kan tengok siri tengah-tengah.

 Info: Bila kaji sikit kat Internet, baru aku tahu. Ejaan tajuk yang betul adalah Mission: Impossible, bukannya Mission Impossible.

Tapi sebenarnya, lepas tengok filem Mission: Impossible - Fallout (2018) kat TV2 semalam, aku rasa takde masalah untuk aku faham dan terus layan siri MI. Jalan cerita yang mudah nak faham walau ada banyak karakter yang terlibat. Plot twist? Harus lah ada.

Sinopsis


Watak utama MI, Ethan Hunt (Tom Cruise) dapat misi untuk bawak balik plutonium. Plutonium ni dijadikan sebagai bom nuklear. Ada sorang extremist bernama John Lark cuba untuk dapatkan plutonium. Jadi, Impossible Mission Force (IMF) bekerjasama dengan Central Intelligence Agency (CIA) untuk untuk halang John Lark daripada gunakan plutonium ni untuk musnahkan Vatikan, Jerusalem dan Mekah.

Plot cerita


Bermula lah misi baru dia. Ethan Hunt dapat arahan untuk ke Paris. Tapi dia ke sana berteman. CIA masuk campur. Ada ejen dari CIA yang ikut sekali iaitu August Walker (Henry Cavill).


Dalam masa Ethan Hunt ni nak dapatkan plutonium, identiti John Lark pun masih jadi misteri. Siapa John Lark sebenarnya?


Masa kat Paris, Ethan Hunt dan August Walker ni masuk satu kelab malam. Diorang ke sini sebab dikatakan akan ada satu perjumpaan John Lark dengan arms dealer, Alanna Mitsopolis. Konon nanti ejen berdua ni nak serbu dan dapatkan plutonium.

Alanna Mitsopolis buat perjanjian dengan Ethan Hunt. Dia boleh bagi plutonium tu tapi dengan syarat Ethan Hunt kena tolong bebaskan (masa konvoi polis) Solomon Lane iaitu ketua kumpulan pengganas.

Plan berjaya.

Tapi muncul pulak Ilsa Faust, salah sorang bekas ejen yang pernah bekerja sekali dengan Ethan Hunt. Dia nak bunuh Solomon Lane tapi tak berjaya.

Kembali ke London.

Tetiba Ethan Hunt diarahkan hentikan misi dia dan serah diri. Ada pihak cuba fitnah yang Ethan Hunt ni sebenarnya Jonh Lark.


Tapi rupa-rupanya John Lark yang sebenarnya ialah August Walker. Dia yang rancang semua ni dari awal sebab nak dapatkan plutonium.

Plan hancur.

Bila rancangan Ethan Hunt kantoikan identiti John Lark berjaya dan nak bawak balik plutonium, Pengarah CIA, Erika Sloan pulak yang kacau. Dia tak percaya Ethan Hunt and the gang untuk bawak balik plutonium. Jadi, dia hantar orang-orang dia kat tempat Ethan Hunt tu.


August Walker larikan diri dan cerita makin kompleks.

Lepas identiti dah bocor, August Walker larikan diri. Dia ugut Ethan Hunt supaya jangan ganggu dia dan bagitau semua orang yang identiti Jonh Lark adalah Ethan Hunt. Kalau tak, August Walker akan bunuh bekas isteri Ethan Hunt. Sebab si August Walker ni tahu siapa bekas isteri Ethan Hunt.

Misi gagal lagi.

Ethan Hunt and the gang (termasuk Ilsa Faust) kesan kedudukan  August Walker dan Solomon Lane dekat kem perubatan jauh kat kawasan pergunungan. Diorang syak Solomon Lane nak letupkan bom nuklear tu kat situ dan akan akibatkan pencemaran air seluruh India, Pakistan dan China.

Sampai kat kem perubatan.

Kat sini Ethan Hunt jumpa Julia, bekas isteri dia. Selama ni dia tak tahu pun lokasi Julia sebab Julia sembunyikan diri atas faktor keselamantan dsb.

Bom nuklear dah diaktifkan. Team Ethan Hunt terpaksa cari cara untuk pastikan bom tu tak meletup.

Kat kawasan kem perubatan, team Ethan Hunt bertungkus-lumus matikan bom. Tapi Solomon Lane halang team Ethan Hunt matikan bom tu.


Ethan Hunt kejar August Walker guna helikopter sebab alat untuk matikan bom nuklear tu ada kat tangan August Walker. Masa berlawan, August Walker mati.

Bom nuklear berjaya dimatikan, Solomon Lane ditangkap.

Ulasan


Filem ni happy ending gitu. Misi asal untuk bawak balik bom nuklear tu berjaya. Tunjang utama filem ni sebenarnya pasal lelaki misteri iaitu John Lark. Mungkin segelintir peminat MI dah dapat agak dari awal siapa John Lark tu. Sebab tetiba karakter August Walker muncul dan beriya nak ikut Ethan Hunt pergi Paris.


Kalau pernah baca novel atau tengok filem Harry Potter and the Half-Blood Prince, mesti akan rasa vibe yang sama. Gerangan misteri yang berlegar-legar dalam setiap plot cerita. Nak dekat tamat cerita, baru tahu siapa watak misteri tu.

Filem MI ni fokus kepada aksi. Takde lah macam tipikal filem yang akan ada babak kekeluargaan, persahabatan atau percintaan gitu. Jadi, aku jamin kalau tengok dalam pawagam, mesti tak mengantuk dan paling sadis, sanggup stay dari awal sampai akhir walaupun tak tahan nak terkencing. 😅

Post a Comment

2 Comments