Trilogi komik Budak Takraw oleh Anshari.


Antara komik tempatan yang berkonsepkan sukan. Jarang sekali nak jumpa komik sukan selain badminton dan bola sepak. Komik Budak Takraw ni berjaya membuatkan aku sekali lagi tertarik untuk terus baca komik tempatan.

Sinopsis


Dek kerana kat sekolah diorang belum ada lagi kelab takraw, 3 orang pelajar lelaki yang berbeza personaliti iaitu Rizal, Azman dan Ali termasuk Sarah, seorang pengawas sekolah, berusaha wujudkan kelab takraw kat sekolah diorang. Bermula dari bawah, pasukan takraw SMK Sungai Gambut berjaya buktikan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, kejayaan mampu dicapai.

Sedikit info


Budak Takraw #1 asalnya diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Budak Takraw. Kemudian, tahun 2009, Budak Takraw dikemas kini. Cover ditukar kepada gambar yang lebih menarik dan tajuk ditukar menjadi Budak Takraw #1. Edisi terbaru diterbitkan pada tahun 2017 dengan tajuk Budak Takraw #1: Skuad Baru.

Budak Takraw #2 pulak asalnya diterbitkan tahun 2010. Kemudian, tahun 2018, edisi kemas kini diterbitkan dengan cover yang lain dari asal. Budak Takraw #3 maintain cover yang sama. Sebab baru je diterbitkan hujung tahun lepas.


Tajuk: Budak Takraw
Karya: Anshari
Harga: N/A
ISBN: 9789833653591
Muka surat: 120
Tarikh terbit: 2007
Penerbit: PTS One Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Takraw #1
Karya: Anshari
Harga: RM6.90 / RM9.90 (SS)
ISBN: 9789674100315
Muka surat: 112
Tarikh terbit: 31 Julai 2009
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Takraw #2
Karya: Anshari
Harga: RM6.90 / RM9.90 (SS)
ISBN: N/A
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 3 September 2010
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Takraw #1: Skuad Baru
Karya: Anshari
Harga: RM7.90 / RM8.90 (SS)
ISBN: 9789674119409
Muka surat: 128
Tarikh terbit: 14 September 2017
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Takraw #2: Jurulatih Baru
Karya: Anshari
Harga: RM7.90 / RM8.90 (SS)
ISBN: 9789674119416
Muka surat: 112
Tarikh terbit: 15 Januari 2018
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd.


Tajuk: Budak Takraw #3: Strategi Baru
Karya: Anshari
Harga: RM10.00 / RM12.00 (SS)
ISBN: 9789674816711
Muka surat: 112
Tarikh terbit: 13 September 2021
Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn. Bhd.

Ulasanspoiler alert


Komik Budak Takraw ni bersiri. Ada 3 kesemuanya. Bila dah bersiri, harus lah ceritanya bersambung-sambung. Cerita ni mudah nak faham. Straight to the point kata omputih. Dari diorang mula-mula tubuhkan kelab sampai lah diorang mampu bersaing ke peringkat sekolah dengan lawan yang cukup hebat.

Kalau pernah baca komik atau tengok animasi Anak-anak Sidek, macam tu lah lebih kurang gaya ceritanya. Berkisarkan pasal sukan. Ada diselitkan beberapa lawak sebagai unsur humor bagi buatkan pembaca tak bosan. Ye lah. Kalau cerita serius sangat, tak best pulak kan?



Komik pertama (Budak Takraw) diterbitkan sebelum wujudnya Komik-M. Komik-M ni salah satu jenama di bawah syarikat PTS. Antara komik yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam setiap dialog. Dan ada dua jenis style komik iaitu komik antologi dan komik bersiri. Seingat aku, wujudnya Komik-M ni tujuannya nak memartabatkan karya tempatan. Sebab masa tahun 2004 - 2010 kan waktu komik Jepun (manga) tengah naik.

Dalam masa sama, generasi baru mungkin dah tak prefer komik tradisional macam dalam majalah Apo? atau Ujang. Komik tu dulu kan kebanyakannya berunsur lawak. Bila manga mula senang nak akses (fizikal dan online), maka ramai lah yang beralih kepada komik yang style lebih serius.


Banyak sebenarnya karya tempatan yang menarik untuk dibaca keluaran Komik-M. Ada yang dah tak dicetak dan ada jugak yang masih diteruskan cetak berulang kali. Katanya permintaan yang tinggi daripada pembaca. Selain Budak Takraw, komik sukan bersiri yang ada ialah SS10 (bola sepak), Super Safee (bola sepak), Smash-20 (badminton), Shootz! (bola baling). Manakala komik antologi berkaitan sukan ialah Aku, Kau & Bola dan Aku, Kau & Badminton.

Post a Comment

0 Comments