Borong buku guna Shopee Free Shipping voucher sempena Hari Pelanggan 3.15.


Sempena 15 Mac 2022, Shopee ada buat event khas. Event ni diberi nama Consumer Day 3.15 atau Hari Pelanggan 3.15 yang berlangsung dari 3 Mac hingga 15 Mac. Dan salah satu benda best waktu event ni, dah tentu lah pemberian voucher 95% aka off RM5 untuk setiap pembelian.


Dengan tak melepaskan peluang, aku pun cari lah barang yang aku nak beli. Kali ni, aku spent untuk beli komik. Ya. Komik. Lagi-lagi komik. Sebab banyak kedai buku kat Shopee yang bagi diskaun sepanjang event ni berlangsung.

Tajuk Harga asal Harga diskaun
Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja RM10.80 RM5.55
Scoopers: Misi Fotog Legenda RM9.00 RM5.73
Ke Titisan Darah Terakhir RM12.00 RM6.68
Ejen Ali isu 45 dan 46 RM9.80 RM4.90
Misi Reunion RM8.70 RM4.35
44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau RM7.50 RM3.58
Siri Profesion isu 4 RM8.80 RM4.90
Bekazon isu #07 RM6.90 RM3.15
Ejen Ali isu 6 dan 11 RM9.80 RM4.90
Siri Profesion isu 3 RM10.00 RM4.37
Siri Citra Kasih 04: Janji Temu Dengan Putera RM12.00 RM6.52
Gadis Robot dan Koleksi Komik Terbaik Ben Wong RM8.50 RM3.97
KK Superboy 01 (KK小超人01) RM12.51 RM7.00
Total RM126.31 RM65.60

Nampak tak penjimatan kat situ? Aku jimat sebanyak RM60.71 iaitu 48%. Semua ni free shipping sebab aku masa promo tu, ada voucher free shipping tengah malam, tengah hari dan petang. Setiap kali check out, aku guna voucher tu.

1. Wira Kera #1: Legenda Seorang Raja



Keluaran Komik-M. Aku tak pernah baca. Dulu masa pergi Big Bad Wolf, ada nampak. Tapi tak terasa nak beli. Baru-baru ni, tak silap, aku ada terbaca yang komik sekuel, Wira Kera #2 akan diterbitkan. Memandangkan aku suka kumpul cerita bersiri, bila ada seller yang jual buku ni dengan harga murah, apa lagi, terus aku beli lah.

2. Scoopers: Misi Fotog Legenda



Komik ni keluaran Komik-M jugak. Komik ke-2 bakal diterbitkan dalam masa terdekat. Scoopers ni cerita pasal jurugambar yang terpaksa tempuhi berbagai-bagai cabaran dalam bidang ni. Kiranya komik ni lebih kepada adventure dunia fotografi. Lukisan dalam komik ni pun tak kurang hebatnya. Cantik dan kemas.

3. Ke Titisan Darah Terakhir



Komik Jepun (manga) baru terbitan Gempakstarz. Antara komik yang bagi aku, rare. Sebab komik ni tebal daripada manga yang biasa Gempakstarz jual. Aku beli pun sebab banyak review positif pasal manga ni. Tak banyak genre shounen (lelaki) yang Gempakstarz terbit. Selalunya genre shoujo (perempuan) yang banyak.

4. Ejen Ali isu 45 dan 46



Lepas majalah komik Ejen Ali dah ditamatkan secara rasmi baru-baru ni (isu 52), terasa nak mula kumpul komik Ejen Ali. Ada beberapa isu yang dah tak dijual. Mungkin out of print. Jadi, aku beli lah mana yang ada dulu.

5. Misi Reunion



Komik terbitan Komik-M. Tak pernah baca dan tak berminat nak baca. Aku jarang beli komik kategori Misi. Tapi sebab kedai yang jual tu bagi diskaun RM5, aku pun beli lah. Komik ni kisah pasal sekumpulan manusia yang buat reunion kat sebuah pulau. Malangnya, diorang diserang zombie. Macam menarik kan?

6. 44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau



Keluaran Komik-M. Salah satu karya kompilasi kartunis Tembakau. Budak 80-an dan 90-an yang follow majalah Apo?, Ujang atau Gila-Gila, mesti tahu pasal Tembakau. Aku ada tengok kat kedai buku, diorang jual set Kartini. Nak beli mahal. Dalam RM70. Dapat komik 44 Cinta ni pun jadi lah.

7. Siri Profesion isu 4



Aku mula kumpul komik Siri Profesion ni dari tahun lepas lagi. Komik ni ada 3 versi: BM, BI dan Bahasa Cina. Harga seketul RM10. Tapi aku beli setiap kali ada promo je. Tak mampu nak beli dengan harga asal. Kumpul slow-slow takpe. Asalkan dapat jimat.

8. Bekazon isu #07



Sebenarnya aku dah ada complete set. Dari isu 000 sampai lah isu #25. Aku beli isu #07 ni pun sebab harga murah sangat. Mungkin kedai ni nak habiskan stok yang ada. Aku pasti, dalam beberapa tahun akan datang, selagi takde ulang cetak, majalah Bekazon akan jadi salah satu barang rare yang dicari collectors.

9. Ejen Ali isu 6 dan 11



Macam aku bagitau, sekarang aku mula kumpul komik Ejen Ali. Kebetulan kedai ni bagi promo. Rugi pulak rasanya kalau tak beli. Masa kat BBW hari tu, ada je promo 5 buah RM20. Tapi tak beli sebab niat nak spend untuk buku lain.

10. Siri Profesion isu 3



Siri Profesion ada 10 kesemuanya. Termasuk isu 3 ni, aku dah ada 8 buah. Tinggal lagi dua buah nak beli. Tapi kena tunggu promo baru dapat beli. Siri Profesion ni komik (berwarna) pasal kerjaya dalam Malaysia. Pasal kehidupan dan cabaran kerjaya tu.

11. Siri Citra Kasih 04: Janji Temu Dengan Putera



Komik keluaran Gempakstarz. Aku tak pernah baca mana-mana komik Siri Citra Kasih ni. Beli pun sebab nak kumpul karya Tadatada, salah sorang pelukis dalam Gempakstarz. Aku suka gaya lukisan dia. Kemas dan jalan cerita yang menarik untuk dibaca.

12. Gadis Robot dan Koleksi Komik Terbaik Ben Wong



Antara komik kompilasi karya pelukis keluaran Komik-M. Aku beli sebab baru perasan komik ni sebenanya karya Ben Wong. Kompilasi beberapa komik yang dia hasilkan dalam komik terbitan Komik-M/PTS ni. Aku banyak kumpul karya Ben Wong yang Komik-M terbitkan.

13. KK Superboy 01 (KK小超人01)



Komik ni dalam Bahasa Cina. Belum ada dalam versi BM. Disebabkan aku suka baca siri KK Superboy, aku pun beli lah satu. Jenis ni, ada 4 isu kesemuanya. KK Superboy ni sebenarnya ada macam-macam versi. Versi BM ada satu versi je tapi versi Bahasa Cina, ada dua. Syarikat penerbitan pun lain-lain: Pelangi, Sasbadi dan Big Tree Publications.

Post a Comment

0 Comments