Menyesal beli roti Mighty White Chocolate Peanut Cream Roll.


Mungkin ni produk baru dari Mighty White. Sebab tak pernah nampak pun sebelum ni masa cari roti kat kedai. Aku tertarik tengok packaging. Warna pek roti ni helok je.

Aku beli satu sebab nak cuba. Kang beli banyak membazir pulak kalau tak sedap. Tapi menyesal. Menyesal aku beli satu je. Kalau lah aku tahu roti ni sedap, memang aku beli banyak buat stok. 😂


Setakat ni, roti ni aku kategorikan sebagai paling sedap. Sebab satu, masa bukak plastik, semerbak bau haruman kacang tanah. Kedua, krim tu banyak. Tak kedekut. Dan ketiga, dalam lapisan krim kacang, ada krim coklat. Boleh bayangkan macam mana kombinasi tu? Memang nikmat.


Harga aku beli RM1.30 seketul. Murah dan berbaloi. Roti pun lembut. Bagi aku, takde cacat cela pun kat roti ni. 100% sedap. Paling penting, tak muak bila makan. Rasa nak terus makan lagi.

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. Betul. Memang sedap. Krim peanut dan coklat tu yang rare.

      Delete
  2. Menarik..boleh la cuba nanti..

    ReplyDelete
  3. tkpernh jmpa lagi..nanti bole try..suka roti peanut..stakat ni yg slalu bli twiggers yg gardenia tu ada peanut sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba. Yang ni harga murah dan rasa sedap.

      Delete
  4. Menyesal baca entry ni, sebab rasa nak beli jugak

    ReplyDelete
  5. Ini yang rasa nak membeli jugak. Nak beli 2 lah, takut menyesal nanti tak tak cukup kalau beli satu. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Beli lebih boleh buat stok. Mungkin payah nak jumpa lepas ni. Saya pergi kedai semula, cari pun dah takde.

      Delete