Hampir jadi mangsa scammer di Carousell.


Sampai sekarang belum hilang lagi trauma. First time jadi kat aku. Hampir jadi mangsa scammer. Selalunya baca kat FB dan Twitter pasal mangsa scammer.

Alkisahnya, aku beli komik kat Carousell. Untuk info, sistem Carousell tak sama macam Lazada dan Shopee walaupun ketiga-tiga ni platform jual beli.

Sistem pembayaran rasmi Carousell adalah melalui Carousell Protection. Sistem pembayaran tak rasmi adalah sendirian berhad (direct bank in, COD etc). Kelebihan Carousell Protection ni, bila barang tak sampai, defect atau seller tipu, buyer boleh report kat Carousell dan insyaAllah duit kita akan dapat balik.

Aku beli komik dari sorang seller ni. Sebelum beli, aku check dulu sama ada dia ni trusted seller ke tak. Disebabkan ada satu review kat kedai dia, aku macam yakin yang seller ni bukan scammer.

Selalunya aku bayar secara direct bank in. Tapi tergerak hati aku nak bayar guna Carousell Protection waktu tu.


Tup tup, esoknya, komik yang aku dah bayar dan tunggu seller pos je, dapat status cancelled. Aku pelik. Proses jual beli sebelum ni elok je.

Aku visit page kedai seller tu. Semua items yang diiklankan, hilang tanpa jejak. Aku chat dia, tak dibalas. Part ni yang mengesahkan bahawa dia tu scammer.

Dia delete semua items kat sini.

Nasib baik aku bayar guna Carousell Protection. Kalau tak, burn macam tu je lah duit dirembat oleh scammer tak guna tu.

Aku nasihatkan, bila nak beli barang kat Carousell, selidik dulu betul-betul sama ada seller tu boleh dipercayai atau tak. Kalau tak yakin, mintak dia turn on option untuk pembayaran melalui Carousell Protection. Kalau dia tak nak, mesti ada something wrong kat situ. Hati-hati membeli!

Post a Comment

3 Comments

  1. Weh bahayanya. Aku selalu beli barang anak kat carousell, baju n tudung hehe.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tergerak guna Carousell Protection ye. Kalau tak melayang je duit..memang kena hati2 sebab scammer ni licik betul kat carousell.

    ReplyDelete