Selamat Hari Raya Aidiladha 2023.


Dengar cerita jem teruk jalan raya sempena Aidiladha kali ni. Ramai yang balik kampung. Bagus lah. Dapat sama-sama meriahkan hari raya. Untung-untung dapat join aktiviti rewang sembelihan binatang korban.

Aku pulak hanya terperuk dalam rumah. Tahun ni takde orang sembelih binatang korban kat kawasan rumah. Tetamu pun sememangnya tak menjenguk rumah. Tak macam raya puasa.

Jadi, masak lah aku rendang kat dapur sambil dengar radio Molek FM. Resepi campak-campak asal boleh telan. Dimakan dengan pulut kuning. Umpphh! Sedap tak terkata.

Apa-apa pun, semoga hari raya kali ni memberi kita 1001 keberkatan atas amalan yang kita lakukan.

Selamat Hari Raya!

Post a Comment

2 Comments