Lepas solat Jumaat minggu lepas, aku singgah masuk dalam Ecoshop Tunjong. Kat sini, setiap hari Jumaat, kedai akan tutup dalam jam 12.30 tengah hari dan sambung balik jam 2.30 petang.
Kedai tutup sementara
Tak semua kedai yang bukak 2.30 petang. Ada kedai yang bukak awal. Macam gerai-gerai tepi jalan, diorang bukak awal. Tapi tu pun lepas orang dah habis solat Jumaat.
Yang pasti kat sini, kena tutup masa waktu solat Jumaat untuk hormati waktu tu dan untuk tidak menggalakkan kaum lelaki yang akil baligh dan waras daripada ponteng solat Jumaat sesuka hati.
Aku ingat lagi masa masuk AEON Kota Bharu hari Jumaat. Waktu tengah hari tu, tetiba pintu besi ditarik ke bawah.
Aku gelabah jugak masa kat dalam mall tu. Ingatkan kena kurung ke apa ke. Rupanya untuk elak pengunjung dari luar masuk ke dalam mall. Siapa yang dah ada kat dalam tu, boleh je keluar tapi kena guna pintu kecil.
Lori Ecoshop baru
Untuk tahun 2024 ni, dah takde koleksi lori Ecoshop dah. Berakhir dengan lori Papa Pipi sebanyak 6 ketul.
Walaupun tahun 2025 tak start lagi, Ecoshop dah pun mula jual lori versi Tahun Baru Cina 2025 bermula minggu lepas. Ramai peminat dah ready untuk serbu ke Ecoshop kat tempat masing-masing.
Aku ni pun kebetulan je ada kat kawasan Ecoshop ni. Kalau tak, aku beli kat Shopee je. Jimat kos sikit daripada keluar beli kat kedai fizikal.
Tapi lori ni ada jenis Box Truck je. Kat semua tempat macam tu. Jenis Prime Mover belum dijual lagi. Pelik jugak sekarang. Diorang tak jual terus sekali kedua-dua tu. Mesti ada seketul yang lambat keluar.
Untuk lori Tahun Baru Cina 2025 ni, design nya tak cun sangat. Kureng menarik berbanding design yang sebelum-sebelum ni. Tak tahu kenapa.
Nampak macam terlalu simple dan tak menonjol. Warna pun macam diorang recycle warna tema sebelum-sebelum ni. Ke aku yang terlalu sensitif? 😅
Apa-apa pun, harapnya cepat lah Ecoshop keluarkan lori jenis Prime Mover pulak. Nak berteman dengan jenis Box Truck ni. Nanti takde lah duk seketul tu dalam koleksi.
12 Comments
Wah kedai Eco pun ada keluar koleksi macam ni rupanya.
ReplyDeleteLama dah ada. Tapi sejak menjak ni makin hot benda macam ni.
DeleteDulu rajin juga kumpul barang.. Sekarang dah tak rajin.. Hehe
ReplyDeleteBarang mampu beli takde masalah. Boleh control bajet. 😄
Deletetambah koleksi laa yer hehe :)
ReplyDeleteBetul dah tu. 🤣
Deletecomelnya. Yg penting Harga tak mahal. Eco ni kedai berhantu, niat nak ambil sikit je, tau2 penuh 1 bakul. Nampak pulak benda mainan comel camni risau terbeli skali xD
ReplyDeleteItu lah yang menghantui. Tiap kali buat list, memang takkan ikut punya. 😆
Deletemmg comel👍👍👍
ReplyDeleteHarus lah kena beli. 😁
DeleteAgree. Modelnya truck nya oke, tapi hiasan dia yg macam kurang lah. JD tak terlalu menarik utk dibeli. Tapi mungkin bagi kolektor tak masalah motif bagus atau tak, biasanya tetap beli kan 😁
ReplyDeleteCollector memang akan beli. Benda jarang muncul katakan.
Delete