Drama Tamil Sekuriti di TV2.


Dulu aku suka tengok drama Tamil kat TV2. Drama Bahasa Tamil Malaysia, bukan negara India ya. Zaman sebelum smartphone wujud lagi. Dan TV2 lah yang jadi sumber untuk tengok.


Walaupun drama Tamil yang TV2 tayang takde lah sebanyak drama Melayu, tapi tiap kali ada masa, aku akan tengok. Mostly, drama Tamil ni lebih santai dan takde plot yang memeningkan kepala.

Tajuk: Sekuriti
Jumlah episod: 13
Genre: Komedi, kekeluargaan, persahabatan
Bahasa asal: Bahasa Tamil
Tarikh tayangan: Bermula 5 Mei 2022
Waktu: Isnin - Jumaat, 2.00 pagi
Siaran TV: TV2
Pelakon: Victor Vimal, Mugen Rao, Krithigah Nair, Punitah Shanmugam

Sinopsis


Kisah dua sahabat, Ajay dan Ganesh yang terpaksa bekerja sebagai sekuriti selepas menganggur lama kerana memilih jurusan yang tidak popular sewaktu mengambil ijazah.

Drama Sekuriti pagi-pagi buta


Masa bulan raya hari tu (Mei 2022), sempat aku layan drama ni. TV2 tayang dari pukul 2.00 pagi sampai 2.30 pagi. Memandangkan waktu tu aku ada masa, aku pun tengok lah.

Sekarang tengah tayang drama ni. Kat TV2 jugak. Petang pukul 2.00 rasanya. Sebab pernah tengok sekali episod 2. Bila kira balik, ni kali ketiga TV2 tayang drama ni: sekali tahun 2018 dan dua kali tahun 2022.

Waktu siaran 2.00 pagi.

Si Ajay dan Ganesh ni kawan baik dan baru je graduate. Ambil kos kejuruteraan tak silap aku dan nak dapat kerja payah sebab katanya kos tu kos tak glamour.

Kiri Ganesh, kanan Ajay.

Mak ayah diorang paksa diorang ni cari jugak kerja. Ye lah. Duk lama-lama kat rumah nak buat apa kan? Tapi satu kerja pun diorang tak dapat. Ada company yang demand nak pengalaman bla bla bla berbanding sekeping ijazah.

Entah macam mana, diorang berdua ni apply kerja sebagai sekuriti kat sebuah apartment. Tapi sebab diorang ni kan lulusan ijazah, company tu tak nak ambil diorang.

Apartment yang diorang jaga.

Punya lah diorang ni nak sangat kerja jadi sekuriti. Jadi, diorang pura-pura jadi warga Nepal. Dan diorang berjaya dapat kerja tu!

Kisah masyarakat apartment di Malaysia


Setiap episod, ada kisah dan masalah penghuni apartment. Si Ajay dan Ganesh lah yang berjaya selesaikan setiap masalah tu.

Salah satu kes yang berjaya diorang setel.

Diorang ni walaupun sebahagian besar dari kita pandang kerjaya sekuriti tak sesuai untuk lepasan ijazah, tapi diorang tak pandang macam tu. Bagi diorang, kerja tetap kerja. Tak kisah kerja apa dan banyak mana ijazah yang ada, asalkan kerja tu halal, diorang tak kisah.

Realiti lepasan ijazah


Ada benarnya drama ni walaupun nampak macam tak logik. Contoh yang sangat ngam untuk lepasan ijazah kos yang kurang glamour.

Nak apply kerja bagus, terpaksa bersaing dengan graduan lain yang kos lagi better. Bila dah dapat peluang temu duga, kena reject sebab takde pengalaman. In the end, terpaksa kerja apa sekalipun walaupun lari bidang.

Post a Comment

2 Comments