Telefilem Malaysia: Anak Busut (2020).


Aku perasan bulan ni Astro banyak tayang cerita seram. Mungkin sempena Halloween kot. Aku jarang tengok cerita seram Melayu. Selalunya layan filem omputih je.

Semalam, masa tukar-tukar channel Astro, perasan ada cerita Anak Busut. First time tahu wujudnya cerita ni.

Tajuk: Anak Busut
Genre: Seram
Bahasa asal: Bahasa Malaysia
Tarikh tayangan asal: 18 April 2020
Tarikh tayangan baru: 29 Oktober 2022
Siaran TV: Astro Ria
Pelakon: Yusuf Bahrin, Wan Hanafi Su, Azar Azmi, Fathil Dani

Sinopsis


Kisah pemuda bernama Adam yang dilarang balik ke kampung oleh mak ayah dia atas sebab yang tak diketahui. Disebabkan terlalu rindu datuk dan nenek dia, Adam balik kampung secara rahsia. Tanpa dia sedar, satu misteri mula terbongkar.

Jalan ceritaspoiler alert


Masa kat kampung, Adam (Yusuf Bahrin) pergi ke rumah datuk dan nenek dia. Datuk dan nenek dia masih hidup. Masa dalam rumah tu, Adam kena kacau. Kena ganggu. Dia mimpi, datuk dia paksa dia 'tunduk' dengan satu makhluk kat sebuah busut.


Sebab takut dan risau dengan mimpi-mimpi pelik dan gangguan lain, dia masuk dalam kereta untuk rehat. Kebetulan ada sorang ustaz (Fathil Dani) yang nampak dia. Masa bersembang, ustaz tu cakap yang datuk dan nenek Adam dah lama meninggal dunia. Terkejut Adam! Sebab dia siap makan dan minum dengan datuk dan nenek dia tadi.


Untuk elak dari kena kacau lagi, ustaz tu mintak Adam tinggal kat rumah ustaz tu malam tu. Kat rumah ustaz, ada isteri dan cucu perempuan (Azar Azmi) diorang iaitu Fatehah. Cucu perempuan diorang ni selalu mengaji malam-malam. Bakal isteri yang solehah ni. 🀭


Nasib tak baik, cucu ustaz tu pulak kena kacau. Makhluk sama yang kacau Adam tadi. Kesnya masa tengah ngaji, ustazah ni terdengar bunyi pelik kat luar bilik. Bila dia bukak tingkap, ada sekor burung warna kuning kat tingkap tu. Dia ambil bawak masuk. Waktu ni lah makhluk pengacau tu masuk bilik ustazah tu.


Esoknya, mungkin sebab masih terkesan dengan rasukan, cucu ustaz tu lari hilang entah ke mana. Haru-biru orang kampung cari tapi tak jumpa. Buat hal betul lah ustazah ni! 😀

Adam contact dengan mak dia kat bandar. Mak dia terkejut Adam balik kampung dan mintak Adam kembali ke bandar segera.

Tapi Adam tak boleh balik sebab cucu ustaz tu masih tak jumpa lagi. Dia tak tahu nak explain macam mana kat mak dia melalui phone. Jadi, mak ayah Adam balik kampung jugak.

Kat sini lah mak ayah Adam bukak cerita zaman dulu kala. Rupa-rupanya ada kisah misteri di sebalik semua yang berlaku.

Flashback


Dulu, mak ayah Adam payah nak dapat anak. Atas nasihat datuk Adam, diorang (mak, ayah, datuk dan nenek Adam) pergi mintak tolong dengan Puteri Busut untuk dapatkan anak. Pebenda lah diorang ni! Waktu ni, aku tengok sambil geleng kepala tak percaya. πŸ˜‘


Lepas datuk Adam baca jampi serapah (syirik betul), Puteri Busut tu (makhluk yang kacau Adam sekarang), bagi mak Adam telan satu cecair gelap. Kemudian, tak lama lepas tu, mak Adam mengandung dan lepas bersalin, lahir lah Adam, yakni anak dari 'benih' Puteri Busut.

Puteri Busut tu tuntut hak dia iaitu Adam. Mak ayah Adam tak bagi mulanya. Tapi Puteri Busut buat perjanjian. Kena bawak Adam berjumpa dengan dia secara berkala.

Awal-awal masa Adam bayi, mak ayah Adam ikutkan je permintaan Puteri Busut tu. Ye lah. Bukan susah pun kan? Tapi lama-kelamaan, mak ayah Adam mula sibuk dengan urusan kat bandar. Payah nak bawak Adam berjumpa dengan Puteri Busut kat kampung.

Jadi, mak ayah Adam ingkar perjanjian dengan Puteri Busut walaupun datuk dan nenek Adam berkali-kali mintak mak ayah Adam bawak Adam jumpa Puteri Busut tu.


Kesannya, datuk dan nenek Adam mati. Jadi korban Puteri Busut sebab ingkar perjanjian dia.

Penyelesaian


Kembali ke zaman sekarang. Cucu ustaz dah dijumpai. Tapi sebab tak nak bagi Puteri Busut tu kucar-kacirkan keadaan lagi, diorang semua pergi ke pokok yang ada busut.


Diorang bakar pokok tu dengan bantuan ustaz. Mulanya, ada halangan. Tapi ustaz nasihat jangan terpedaya. Dan lepas pokok tu dibakar, keadaan kembali tenang. Semudah tu? Pelik kan? Nak tahu, tengok sampai habis cerita ni. 🀐


Masa Adam sembang dengan cucu ustaz kat luar rumah, dari jauh kelihatan kelibat satu makhluk yang sangat familiar iaitu Puteri Busut!

Maksudnya, Puteri Busut tu masih ada lagi kat situ. Dan mungkin dia datang nak tuntut hak dia walau apa cara sekalipun. Ye lah. Dalam bab ni, mak ayah Adam yang salah sebab langgar perjanjian. Hurmm.

Ulasan


Cerita ni mengingatkan aku dengan filem Ahmad Albab. Pasal ada kaitan dengan jin yang mintak diorang bawak anak diorang jumpa jin secara berkala kat dalam gua.

Tapi yang lainnya, fokus Anak Busut ni lebih kepada seram. Kesan buruk sembah selain Allah dan kesan buruk bila langgar perjanjian dengan makhluk mistik.

Overall, telefilem ni takde lah buatkan bulu roma aku berdiri. Mungkin sebab rupa Puteri Busut tu yang aku kira, masih terurus. Tak berserabai macam tipikal hantu yang ada dalam kebanyakan cerita Melayu. πŸ˜…

Post a Comment

6 Comments

  1. Baru nak cakap citer dia macam ahmad albab..haha
    Byk cite seram kat astro tapi kalau tgh malam lg rajin diorg tayang citer hantu. Ada sekali tu tertengok citer hantu siam..scary betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau cerita dari luar negara, kebanyakannya seram yang amat. πŸ˜‚

      Delete
  2. makhluk halus ni memang tak boleh dibuat kawan... sentiasa memperdaya manusia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kena jauhi dari terjebak walau apa sebab sekalipun.

      Delete
  3. Samalah, nak cakap macam Ahmad Albab. Kalau versi seram macam filem Dukun. Puteri Busut jeles kot ngan Ustazah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mungkin dia tak bekenan ustazah tu jadi menantu dia. πŸ˜…

      Delete