Pengalaman masuk BookXcess MyTOWN.


Lepas jalan-jalan dalam IKEA Cheras plus perut pun dah kenyang dengan meat ball yang boleh tahan sedap, aku pun guna masa ada dengan jalan-jalan dalam MyTOWN.

MyTown ni merupakan sebuah Mall. Sebelah IKEA je. Bersambung dengan bangunan IKEA. Terus keluar dari pintu IKEA (bahagian makan-makan), maka jumpa lah MyTOWN.

Apa yang ada kat MyTOWN ni? Sama jugak macam mall lain. Tak jauh beza pun. Untuk cari pakaian boleh ke BO, Cotton On atau H&M. Nak beli barang basah, boleh ke Village Grocer. Kalau nak cari barang DIY atau aksesori, boleh ke MR. DIY atau Daiso. Nak makan lagi? Boleh ke Big Apple, Burger King, Family Mart atau KFC. Banyak lagi kedai lain.


Jakun masuk BookXcess


Ni kali pertama aku masuk BookXcess. Selalu beli buku online je waktu ada sales. MyTOWN  BookXcess MyTown ni ada kat Tingkat 1. Jangan risau. Bila dah masuk mall ni, tak sesat punya. Sebab MyTOWN takde lah sebesar IOI Putrajaya atau Berjaya Times Square.

Boleh duduk dan baca.

Nampak eksklusif kan?

Masa masuk BookXcess ni, terasa jakun pulak. Ye lah. Dari luar dah nampak kedai ni semacam. Macam untuk orang have-have. Dalam otak aku, terasa macam tak mampu nak beli sebab buku-buku BookXcess jarang nak jumpa yang murah melainkan ada sales.

Dalam ni, ada banyak buku. Rapi tersusun kat setiap rak. Macam library pun ada. Kebanyakannya buku BI. Buku BM boleh kira je berapa yang ada.

Banyak buku Star Wars.

Tinggi lampai. Macam mana nak ambil?

Aku mampu tengok je buku-buku kat sini. Ada buku yang aku berkenan tapi tak mampu nak beli. Agak mahal harga kalau nak banding dengan harga dalam website diorang.

Bagus buku tersusun rapi tapi ada buku yang disusun tinggi sangat. Entah nak ambil macam mana. Pakai tangga ke? Sampai sekarang aku tertanya. Nak mintak staff tolong ambil, macam segan pulak sebab aku nak tengok sinopsis je dulu. Bukan terus beli.

Dalam ni sesuai lah untuk sesiapa nak OOTD dengan background buku-buku. Confirm cantik. Kejap je aku masuk dalam ni. Memang plan tak nak beli pun. Nak tengok apa yang ada dan nak rasai feel masuk sendiri dalam BookXcess. πŸ˜‚

Post a Comment

8 Comments

  1. menarik reka bentuk dia. Ramai kawan yang pergi.

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali reka bentuknya. Sesuai untuk menarik generasi kini untuk bertandang ke situ

    ReplyDelete
  3. bestnya... tak pernah lagi masuk kedai buku yang besar gini

    ReplyDelete
  4. VM suka sangat pegi bookxcess ni..
    selalu pergi beli buku anak..
    banyak pilihan menarik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Banyak pilihan. Ulat buku suka lah datang sini. πŸ˜„

      Delete