Aiskrim The Flash jenama Magnolia.


Dah lama aku perhati aiskrim ni. Nak beli tapi asyik lupa masa kat kaunter. Risau nak ambil awal, nanti cair. Tapi bila sampai kaunter nak bayar barang lain, lupa pulak nak ambil aiskrim ni.


Aiskrim The Flash antara produk terbaru keluaran Magnolia di bawah syarikat F&N. Ada 3 jenis sebenarnya: The Flash, Batman dan Superman. Kiranya nak promote Justice League lah ni. Aku beli yang The Flash je sebab nak cuba sedap ke tak.

Karakter Perisa
The Flash Lemon soda
Batman Lemon lime & cola
Superman Blueberry & apple

Tekstur aiskrim sangat lembut. Tak sama macam aiskrim biasa. Bagi aku, teksturnya lebih kepada aisrkim pong tapi lebih lembut. Bila gigit, tak sakit gigi.


Sedap? Kena dengan selera aku. Rasa lemon dan soda tu sangat menyerlah. Tak terlalu manis macam aiskrim rama-rama.

Rasanya boleh jumpa kat mana-mana kedai runcit atau pasar raya yang ada peti aiskrim mewah tu. Mungkin lepas ni aku akan cuba perisa Batman dan Superman pulak.

Post a Comment

4 Comments