Throwback drama bersiri TV3: Surface.


Mungkin ramai tak tahu kewujudan drama bersiri USA yang pernah ditayangkan kat TV3 suatu masa dulu. Sebab drama ni hanya ada satu musim walaupun bagi aku, cerita ni patut ada sambungan sebab best.

Sinopsis


Kisah budak lelaki, Miles yang terjumpa makhluk pelik seakan biawak/dinosaur air yang ada kuasa elektrik. Diberi nama Nimrod, Miles bersama ahli biologi, Laura dan pekerja insurans, Richard, bersama-sama membongkar kejadian pelik melibatkan makluk laut.

Tarikh/tahun tayang: Bermula 28 September 2006
Siaran TV: TV3

Ulasanspoiler alert


Antara drama bersiri USA yang aku tak pernah missed tengok. Ditayang waktu malam sekali seminggu kat TV3. Aku suka drama macam ni. Science fiction gitu. Setiap episod mesti ada element of surprise.

Kemunculan pusaran air secara tiba-tiba.

Waktu cerita ni main kat TV3, aku tengah seronok belajar subjek Sains. Suka sangat sampai bersembang dengan kawan-kawan dalam kelas pasal cerita ni.

Ada 3 karakter utama tunjang cerita ni: Miles, Laura dan Richard (termasuk Nimrod). Cerita ni bukan lah cerita yang ketengahkan unsur romantik atau percintaan, tapi lebih kepada misi untuk bongkar kejadian pelik yang melibatkan scientific explanation.

Nimrod.

Yang menyebabkan diorang terus-terusan bongkar kejadian tu, sebab kerajaan dan pihak-pihak tertentu seolah-olah cuba tutup kes pelik yang berlaku.

Watak utama


Miles - Masa pergi kat tasik dengan kawan dia, dia terjumpa beberapa biji benda pelik terpung. Diorang syak benda tu sejenis telur. Diorang ambil sebiji telur tu dan letak dalam akuarium tapi esoknya telur tu menetas dan lahirnya seekor mahluk seakan biawak. Miles bagi nama Nimrod. Sebab nak tahu makhluk tu spesies apa, dia mula kaji senyap-senyap tanpa pengetuan keluarga dia.

Laura - Seorang ahli marine biologist. Masa buat satu research kat dasar laut, dia nampak sekilas pandang ada makhluk pelik. Tak lama lepas tu, kajian dia dihentikan atas perintah tentera Amerika. Untuk tutup mulut, dia diberhentikan kerja. Tapi sebab tak puas hati, dia selidik dan cari bukti apa sebenarnya yang berlaku.

Richard - Dia saksikan adik dia kena tarik oleh makhluk dalam laut masa diorang menyelam untuk spearfishing. Lepas adik dia kena tarik dan menghilang dari pandangan, dia nampak ada cahaya seakan kelip-kelip. Sebab nak tahu makhluk apa yang tarik adik dia, dia mula selidik apa yang berlaku.

Episod akhir tergantung


Seingat aku, dalam episod akhir, ada satu kejadian tsunami yang melanda kawasan tempat tinggal Miles. Penduduk kena kosongkan kawasan tu tapi Miles, kekasih dia, Laura dan Richard ni terperangkap kat situ.

Diorang naik kat bahagian atas gereja untuk elak kena tsunami. Tapi cerita ni habis macam tu je. Takde sambungan dah lepas tu.

Bandar yang tenggelam dek tsunami.

Katanya, drama Surface ni terpaksa dihentikan sebab dapat rating tayangan yang rendah. WTF? Padahal best giler kot cerita ni. Aku waktu tu punya lah tunggu musim seterusnya. Siap search Internet lagi. Tapi kecewa sebab takkan ada sambungan. Maka, berhuhu lah tak tahu apa yang berlaku kat diorang berempat tu. πŸ˜‘

Post a Comment

4 Comments

  1. Selalu macam tu kan, cerita best tapi takde sambungan. Tapi yang ni saya tak pernah tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Antara drama science fiction yang best. Payah dah nak jumpa cerita macam ni.

      Delete
  2. rasa mcm tak penah tgk citer ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drama ni kurang dikenali plus hanya ada satu musim pulak tu. πŸ˜…

      Delete