Pengalaman makan Jollibee di IOI City Mall, Putrajaya.


Hujung minggu lepas, sempat singgah IOI Putrajaya. Sebenarnya aku plan datang sini sebab nak tahu macam mana rupa IOI Putrajaya fasa 2. Katanya bakal jadi mall terbesar dalam Malaysia.

Punya lah aku excited. Aku ingatkan mall 'fasa 2' ni mall kat tempat lain. Rupanya, mall baru ni sekadar pembesaran mall IOI yang sedia ada. 😅

Betul lah kata orang. Tak pernah tak ramai orang waktu weekend kat sini. Aku sampai sini sebelum pukul 12 tengah hari. Tak ramai orang lagi. Parking pun masih banyak yang kosong.

Malas nak cerita panjang. Mall ni memang besar. Penat jugak kalau nak pusing satu mall. Boleh terpeleot kaki.

Dalam pukul 3 petang, plan nak terus isi perut makan kat sini. Tapi kebanyakan restoran penuh dengan manusia. Sampai ada yang terpaksa tunggu berdiri sambil pegang makanan.

Makan ayam Jollibee


Aku singgah kat Jollibee. Aku nak sangat rasa ayam Jollibee ni macam mana. Sebab aku pernah tengok dalam YouTube pasal ni. Katanya Jollibee ni pilihan restoran fast food rakyat Filipina. Even McD pun kalah dengan Jollibee ni.

Aku beli set kecik je. Ada ayam seketul, nasi putih, salad, sos black pepper, sos cili dan air Pepsi. Harga RM11.70 satu set.

Set lengkap. Air je yang tak sempat snap masuk.

Ni sekadar ulasan aku lepas merasa set ni. Bagi aku, rasa ayam ni hampir sama macam ayam yang aku biasa beli kat pasar malam. Sedap tau. Tapi aku kira mungkin dalam 70% rasa macam tu.

Pernah makan ayam kat pasar malam? Ha. Macam tu lah rasanya. Secukup rasa. Paling best, ayam ni pedas. Tapi tak terlalu pedas sampai sakit perut. Aku tak pasti ada ke tak versi original. Sebab aku main order je. 😁

Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang kurang suka. Alah. Sama macam burger McD atau KFC. Bila dah rasa, ramai yang prefer burger tepi jalan. Rasa sedap secukup rasa walaupun murah. Baru aku tahu kenapa Jollibee ni pilihan orang Filipina.

Isi ayam yang agak besar.

Berbaloi ke beli set ayam Jollibee ni? Bagi aku, berbaloi je. Isi ayam pun boleh tahan besar. Lagi satu, aku suka sistem kat sini. Masa aku nak order, aku request ayam part rib. Staff tu terus check dalam sistem sama ada part yang aku nak tu ada ke tak. Canggih tak?

Ni baru sistem yang betul kan? Tak perlu lagi hadam janji manis staff yang cakap 'kalau ada, kami bagi ye'. Last-last tak bagi pun part yang customer nak. 😂

Post a Comment

8 Comments

  1. haritu datang ioi pun rasa macam nak patah kaki, mujur datang pergi kedai memang dah tahu tujuan. nak makan sukiya steamboat tu, mashaAllah beratur panjang sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Sangat ramai orang. Salah timing. Ingatkan weekend pertengahan gaji ni tak ramai orang. 😆

      Delete
  2. Tak pernah makan Jolibee. Tapi kalau rasa macam ayam di pasar malam, consider sedap lah tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Masuk dalam kategori sedap tekak melantak. 🤣

      Delete
  3. OOO.. ada di Malaysia ye. Pernah perasan Youtuber buat blog pasal restoran ni

    ReplyDelete
  4. Tak pernah cuba lagi jolibee ini..
    Part janji manis tu kan.. geram juga sebab dari kaunter kita nampak adaje bahagian yang kita minta tapi dia tak bagi pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sebab tu kalau order fast food kat kaunter, saya akan bukak check kat situ jugak. Sebab majoriti staff tak inform pun ada ke tak part yang kita nak. Diorang main taruk je.

      Delete