Demam bola sepak Piala Dunia Qatar menyerang AEON.


Walaupun hype World Cup kali ni agak sepi dek ditenggelamkan oleh pilihan raya, tapi beberapa syarikat retail tak lepaskan peluang untuk gunakan Wold Cup bagi promote produk diorang.

Sempat aku singgah AEON Big sambil beli barang dapur. Sebelum sampai pintu masuk, dah nampak ada satu ruang jualan barangan World Cup tepi barangan elektrik.






AEON antara kedai yang bagi aku, cukup konsisten dalam promosi produk berkaitan sukan. Dulu waktu Sukan SEA, banyak pakaian yang diorang jual. Sekarang, bila datangnya World Cup, banyak produk berkaitan bola sepak yang dijual.

Antara barang yang diorang jual termasuk lah jersi, seluar, bola, beg, cap dan key chain. Aku usha beberapa helai jersi. Kualiti kain cun. Harga pun standard. Tak mahal, tak murah. Boleh pakai sambil layan World Cup. Baru bertambah excited nak tengok kan?



Memandangkan World Cup sedang giat berlangsung, boleh lah beli at least seketul barang ni sebagai kenang-kenangan gitu. Lagipun, bukan sekejap nak menunggu setiap 4 tahun kan?

Post a Comment

2 Comments

  1. cantik betul design ombre/gradian warna purple turquoise tu.. lawa!

    ReplyDelete