Throwback drama bersiri TV3: Smallville.


Smallville antara drama bersiri USA paling banyak musim pernah Malaysia tayang. Seingat aku, TV3 tayang sampai musim 7 (USA sampai musim 10).

Aku tak ingat tarikh/tahun tepat Smallville ni mula tayang kat Malaysia. Terasa lama sangat cerita ni ada. Mungkin sebelum 2005 lagi. Sebab tahun 2009, TV3 dah tayang musim 6.

Lepas tu, ditambah lagi dengan kehadiran drama-drama hebat USA yang lain macam Supernatural, Heroes dan Merlin, maka, sampai musim 7 je sempat tayang. Kemudian, TV9 tayang musim 8.


Golongan Gen Y terutamanya, pasti tahu kewujudan Smallville yang cukup terkenal dengan bait lagu 'Somebody save me'. Cukup terkenal sampaikan bila lagu ni diputarkan dalam corong radio, terus teringat Smallville.

Sinopsis


Kisah zaman remaja Clark Kent yang tinggal kat kampung halaman dia di Smallville. Fokus kepada kehidupan sekolah menengah, percintaan dia dengan Lana Lang dan persahabatan dia dengan Lex Luthor.

Tarikh/tahun tayang: Sebelum 2005 (belum jumpa tarikh tepat)
Siaran TV: TV3 (musim 1-7) dan TV9 (musim 8)

Ulasanspoiler alert


Aku antara orang yang tak lepas peluang untuk tengok Smallville. Cerita ni main waktu malam sekali seminggu. Jadi, selalu ada masa untuk tengok sebelum tidur.

Aku suka Tom Welling (karakter Clark Kent) dan Kristin Kreuk (karakter Lana Lang). Walaupun diorang ni bukan lah soulmate dalam cerita ni, tapi bila sebut pasal Smallville, aku suka gandingan diorang berbanding Erica Durance (karakter Lois Lane).

Clark Kent dan Lana Lang.

Malangnya, dalam 8 musim yang pernah Malaysia tayang, seingat aku, aku sempat layan sampai musim 4 je. Sebelum Clark Kent kenal Lois Lane. Sebab? Aku dah bosan sebenarnya. Somehow, agak meleret-leret cerita ni.

Lagi satu, waktu tu, zaman bermulanya drama bersiri USA yang best. Banyak lagi cerita best yang lain untuk tengok. Jadinya, aku mula kurang layan Smallville dan tengok drama lain.

Aku suka Tom Welling sebagai Clark Kent/Superman. Sangat sesuai dengan karakter dia waktu tu. Dia ada aura yang sangat misteri, sama macam aura Henry Cavill dalam filem Man of Steel.

Tapi Smallville salah satu drama bersiri yang masuk dalam list untuk aku tengok balik dari awal sampai habis. Aku nak tahu kisah Clark Kent lepas tamat sekolah menengah. Aku nak tahu apa jadi kat dia dengan Lana Lang dan macam mana dia boleh jatuh cinta dengan Lois Lane pulak.

Post a Comment

8 Comments

  1. Teringat pula dulu memang tak pernah miss nak layan drama smallville ni . Best sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu. Saya ada jugak missed beberapa episod. Dulu Smallville ni macam drama sebelum tidur. Esok pergi sekolah, sembang dengan kawan pasal episod semalam. 😁

      Delete
  2. Saya pulak suka dia dengan Chloe tapi tulah kena friendzone. Kurang layan start wujud watak Lois Lane sebab dia macam annoying. Tapi mana-mana remake Superman pun Lois Lane annoying ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chloe pun antara karakter menarik. Si Lois tu rasanya macam tu. Jenis annoying plus berani tak bertempat. Kesian Clark Kent buang masa selamatkan dia selalu. πŸ™„

      Delete
  3. memang lama betul drama ni, daripada sekolah lagi rasanya ada xD

    ReplyDelete
  4. ni citer fav mama masa remaja dulu2.. suka sgt dgn parent clark kent tu walaupun mak ayah angkat aje tp diorg caring sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sangat caring dan antara versi parents Clark Kent yang paling menjadi.

      Delete