Shopee: Your account has been restricted from login.

 Update: 17 November 2022


Mak Lampir betul lah Shopee. Sesuka hati tak nak bagi aku log in Shopee. Dah lah 11.11 banyak sales.

Alkisahnya aku nak check out buku pukul 8 lebih. Malam tu Shopee bagi voucher Free Shipping no minimum spend. Jadi, aku excited lah nak guna voucher tu.

Pop up pertama


Tapi kali pertama nak check out, ada pop up notification yang mengatakan aku dah guna voucher tu. Padahal aku belum guna lagi voucher pukul 8 tu.

Pop up kedua


Geram. Beberapa kali aku cuba check out tapi tetap muncul pop up tu. Dan entah kali ke berapa, ada satu pop lain muncul yang mengatakan akaun aku kena banned! Ah, sudah!

Pop up ketiga


Tetiba akaun aku auto log out. Bila aku nak log in balik, tak dapat dah. Satu pop up baru keluar yang menyatakan akaun aku tu kebarangkalian dah suspended.

Melampau betul. Tak pepasal aku terpaksa guna akaun phone lain untuk live chat Shopee. Aku inform dia pasal masalah ni dan dia bagi link untuk aku isi appeal aku.


Maka, aku isi lah dengan perasaan geram lagi. Ye lah. Walaupun isi waktu tu, bukannya ada staff yang terus balas. Esoknya weekend. Kena tunggu hari bekerja baru dapat balasan.


Tapi beberapa minit lepas isi form appeal tu, aku dapat emel dari Shopee. Katanya benda ni akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.


Silap aku jugak. Kalau aku tahu sistem Shopee detect aku cuba click check out berkali-kali walaupun muncul pop up, aku tak proceed beli barang tu.

Sekarang jadi masalah, masih ada duit aku dalam ShopeePay wallet plus aku ada order barang guna akaun tu. Harapnya barang aku tu tak auto cancel lah nanti.

Update 1 (17 November 2022, 3.00 PM)


Aku dah dapat semula akaun Shopee ni. Nasib baik proses kali ni tak lama sangat. Dalam masa 4 hari dah setel.


Staff Shopee yang in charge kes aku ni ada hantar emel balas lepas aku request appeal pada 11 November.

Dia mintak bukti nombor phone aku. Sebab satu nombor phone mewakili ID satu akaun Shopee. Aku bagi lah bukti yang nombor phone aku untuk akaun ni (screenshot nombor phone yang ada nama sendiri kat app telco). Tu je.

14 November tu, lepas hantar bukti, esoknya (15 November) akaun aku dah diaktifkan balik. Nasib baik kejap je. Bukan apa, aku risau balance duit aku dalam ShopeePay burn je nanti. πŸ˜…

Post a Comment

6 Comments

  1. Aduhai. Susah jugak jadi macam ni. Last-last tak dapat guna lah ye voucher 11.11?

    ReplyDelete
  2. Huh.. lama betul saya tak beri barang kat Shoppee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena cari platform lain yang lagi better. 🀭

      Delete
  3. Shopee mmng selalu agaknya camni. Dulu saya pernah nk beli barang, pastu tetiba dia keluar pop up error cmtu, pastu tetiba terlog out dri shopee n tkleh masuk balik. Pastu saya tk igt macam mana, at last dpt masuk balik acc tu tpi ambil masa jugalah. Geram betull.

    Harap BK boleh log in semula nanti. Pishang nk tunggu 5 hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat lah semula akaun tu. Kadang sistem Shopee tak accurate. Sepatutnya bagitau error sebab apa kat dalam pop up tu.

      Delete