Review drama bersiri Wednesday (2022) di Netflix.


Setelah 2 hari duk pulun tengok drama top 10 kat Netflix, hari ni baru aku berjaya tengok penamatnya dengan penuh rasa takjub. Bukan apa, rasa ni jadi salah satu kejayaan diri sebab berjaya habiskan drama dalam masa singkat.

Tajuk: Wednesday
Jumlah episod: 8
Genre: Komedi seram, supernatural, thriller
Bahasa asal: Bahasa Inggeris
Tarikh tayangan: Bermula 23 November 2022
Siaran TV: Netflix
Pelakon: Jenna Ortega, Catherine Zeta-Jones, Luis Guzmán, Hunter Doohan, Victor Dorobantu, Emma Myers, Joy Sunday, Percy Hynes White, Gwendoline Christie, Christina Ricci, William Houston

Sinopsis


Kisah remaja perempuan bergaya Gothic iaitu Wednesday Addams yang ditukarkan ke sekolah baru sebab masalah disiplin. Semasa di sekolah baru yang menempatkan pelajar-pelajar buangan, dia terjebak dalam beberapa kemalangan yang menyeru dia untuk terus menyiasat, melanggar peraturan sekolah dan menggunakan kelebihan psikik bagi menyelesaikan kes misteri melibatkan keluarga, kawan-kawan dan diri dia sendiri.

Ulasanspoiler alert


Aku bagi full 10 bintang kat cerita ni. Sebenarnya, aku tak pernah layan pun cerita The Addams Family. Yup! Drama Wednesday ni merupakan spin-off cerita The Addams Family. Secara khususnya, drama ni menceritakan kisah Wednesday yang belajar kat sekolah lama mak ayah dia.

Muka tak puas hati kena buang sekolah.

Genre cerita ni nak kata fantasi tu macam tak sangat, tapi lebih kepada thriller dan supernatural. Setiap episod akan terasa dark and spooky gitu. Macam vibe waktu Halloween. Lagi-lagi dengan watak utamanya, Wednesday yang selalu pakai pakaian hitam dan gelap. Katanya dia alergik dengan warna-warni.

Enid dan Wednesday. Diorang berdua ni rumet.

Permulaan cerita, adik Wednesday kena buli kat sekolah. Sebab nak balas balik perbuatan si pembuli tu, Wednesday masukkan ikan piranha dalam kolam tempat pembuli tu buat latihan. Kesannya, Wednesday dibuang sekolah dan mak ayah dia hantar dia ke Akademi Nevermore, sekolah bagi pelajar buangan, pelik dan raksasa.

Saat Wednesday lepaskan piranha dalam kolam.

Buangan kat sini bukan lah bermaksud pelajar yang bermasalah tapi pelajar yang ada kelebihan atau kuasa tertentu tapi tak diterima oleh orang biasa. Alah. Macam cerita Harry Potter yang pelajar-pelajar ada kuasa sihir tu.

Setiap kali dapat visi, kepala Wednesday akan mendongak.

Awal-awal duk kat sekolah baru, keadaan elok je. Tapi bila Wednesday mula dapat satu visi melalui kuasa psikik dia, masalah demi masalah mula terjadi kat sini.

Dalam cerita ni, ada beberapa misteri yang Wednesday gigih ungkai sebab misteri tu melibatkan keluarga dan keturunan dia sendiri.
  1. Misteri kematian Rowan Laslow.
  2. Kemunculan raksasa.
  3. Rahsia kelab Nightshade.
  4. Rahsia lukisan Rowan Laslow.
  5. Kehilangan Buku Mantera Goody Addams.
  6. Kematian mangsa raksasa.
  7. Kebakaran sarang raksasa.
  8. Kemalangan Eugene Otinger.
  9. Penangkapan ayah Wednesday, Gomez Addams.
  10. Pembunuhan datuk bandar Jericho.
  11. Rahsia Dr. Valerie Kinbott.
  12. Misteri makhluk bernama Hyde.
  13. Identiti sebenar Tyler Galpin.
  14. Rahsia cikgu botani, Marilyn Thornhill.
  15. Kemunculan semula Joseph Crackstone.

Bagi aku, ni antara cerita yang berbaloi untuk spend masa tengok. Dari segi watak, sinematografi dan plot, semua menarik. Menjadi lah kata orang. Bukan senang nak tengok cerita original Netflix macam ni.

Akademi Nevermore.

Cerita Wednesday ni memang mengingatkan aku dengan cerita Harry Potter. Walaupun dalam universe yang berbeza, tapi ada sesetengah scene dan plot yang seakan sama: budak bermasalah, suka langgar peraturan untuk selesaikan kes, pertandingan sukan sekolah, majlis tari-menari, makhluk ajaib (duyung, serigala jadian dsb), rahsia silam keluarga dan misi hapuskan penjahat. Mungkin genre fiksyen fantasi macam ni memang takkan lari dari asas 'misteri' yang sama.

Keluarga Wednesday datang melawat.

Thing, pergelangan tangan yang banyak bantu Wednesday kat sini.

Tapi terus-terang, kalau nak bagi anak-anak bawah umur tengok, better ada pemantauan mak ayah. Jangan biarkan diorang duk tengok tercongok macam tu je. Sebab cerita ni pun lebih kepada golongan remaja ke atas. Ada beberapa babak sihir, bercumbuan dan pemikiran Ateis, yang tak percaya wujudnya syurga dan neraka.

Wednesday si gadis Gothic.

Dari segi watak Wednesday, aku rasa mungkin ramai generasi Z yang jadikan dia idola gitu. Si Wednesday ni remaja perempuan yang sinis dan pandai berdikari. Untuk buat apa-apa, dia cuba usahakan sendiri selagi boleh tanpa rasa takut. Bagus lah macam tu kan?

Post a Comment

2 Comments

  1. best jalan citer dia walaupun episod last2 tu geram je dengan perangai Wednesday ni..

    ReplyDelete
  2. anak saya si Pia tu pun duk pulun tengok cerita ni cuti sekolah ni
    mulanya saya risau elok ke tidak cerita ni

    ReplyDelete