Singgah Popular Bookstore AEON Kota Bharu.


Alhamdulillah. Sekali lagi berpeluang melangkah masuk ke satu-satunya kedai buku Popular kat Kelantan ni. Alang-alang dah datang ke negeri Cek Mek Molek ni, terasa tak lengkap pulak kalau tak singgah Popular.

Tujuan asalnya, aku datang nak ambil komik ganti. Alkisahnya tak lama dulu aku order komik BoBoiBoy kat Shopee, salah satu kedai online rasmi Popular. Tapi kecewa bila komik tu sampai. Aku dapat komik yang defect. Ada kemik kat beberapa bahagian walaupun komik ni dibungkus elok dalam bubble wrap.


Lepas chat dengan staff HQ Popular, katanya dia nak hantar komik aku ke alamat rumah. Tapi aku risau kalau komik ganti tu rosak sekali lagi. Kang tak pepasal buang masa nak return lah apa lah. Cara terbaik, aku mintak dia hantarkan ke kedai fizikal Popular (dalam AEON ni). Dan katanya, bila komik tu sampai, aku boleh ambil bila-bila masa.

Maka, minggu lepas, setelah lebih 2 bulan lamanya, aku berkesempatan datang Popular. Mulanya, kelam-kabut staff tu cari komik ganti aku. Kan dah lama. Mungkin bertindan dengan barang-barang lain. Dalam masa sama, aku risau kalau komik tu dah return ke HQ.

Tak lama staff tu cari. Nasib baik jumpa. Komik ganti aku tu ada tersimpan elok dalam kotak kabinet belakang cashier. Masih elok walaupun tak dibungkus dengan kotak. Lepas selesai sign penerimaan, aku dapat komik ganti. Hepi sangat!


Lepas dah setel, takkan aku nak blah macam tu je kan? Harus lah pusing-pusing dalam Popular tu dulu sambil mencari barang yang berkenan di hati.

Kebanyakan buku kat sini, sama macam kali terakhir aku datang. Susun atur pun masih sama. Ada je buku baru tapi aku pasti, tak banyak yang masuk. Dalam kelapa aku, aku plan nak cari komik je. Novel atau buku lain, tolak tepi dulu.

Masa pusing-pusing tu, aku jumpa komik Kompilasi Remang 01. Komik terbitan Gempakstarz yang baru keluar. Masih panas. Aku memang nak cari komik ni. Kebetulan Popular buat sales. Harga sangat murah dari asal. Harga asal RM29.90 tapi Popular jual RM23.90 seketul. Diskaun RM6. Murah kan? Apa lagi, aku sambar lah satu. Bukan selalu Popular nak bermurah hati macam ni.


Bila masuk section Bahasa Cina, tak sangka pulak aku kat sini masih ada jual komik yang dah lama aku cari: Komik kompilasi siri The Journey (温情三部曲). Komik ni dah lama diterbitkan. Dalam kedai online tak dijual dah. Kalau ada pun, versi pre-loved. Tapi, dah ada yang baru depan mata ni, baik sambar terus kan? Nasib baik komik ni pun ada diskaun.


Komik The Journey karya Zint ni sebenarnya adaptasi daripada filem The Journey. Filem ni pernah dapat sambutan yang menggalakkan masa tayang kat pawagam. Tak lama lepas tu, Gempakstarz terbitkan komik adaptasi sebanyak tiga jilid. Dan dari komik-komik tiga jilid tu, maka terhasil lah sebuah komik kompilasi.

Siri komik The Journey.

Filem The Journey tahun 2014.

Kat sini ada banyak jugak buku Bahasa Cina. Aku kira, macam balance jugak lah buku Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kat sini. Cuma yang tak pernah nampak setakat ni, buku Bahasa Tamil. Tak pasti diorang memang tak jual atau takde permintaan.

Apa yang pasti, setelah melilau satu kedai cari barang, aku boleh katakan Popular kat sini fokusnya pada buku, bukan alat tulis. Sebab bila masuk kedai ni, akan jumpa bahagian buku. Kat hujung belakang sekali baru nampak bahagian alat tulis termasuk buku-buku sekolah.

Entah. Mungkin sales diorang bergantung pada buku cerita, komik dan novel. Kalau tak, takde maknanya diorang nak taruk bahagian alat tulis kat belakang sekali. Penghujung dunia gitu. Kisah pulak aku kan? Asalkan aku dapat apa yang aku nak, cukup lah. 😆

Post a Comment

6 Comments

  1. Komik Kompilasi The Journey tu bahasa cinalah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bahasa Cina. Setakat ni belum ada dalam versi BM atau BI.

      Delete
  2. Teringat dulu Popular jual CD. Selamat membaca!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun masih ada. Tapi tak semua cawangan yang jual.

      Delete
  3. terbaru ada komik mechamato plak

    ReplyDelete