Sebulan kembalinya Abahku tercinta ke rahmatullah.


Lama aku menghilang dari dunia Blogger. Kalau aku sempat bukak blog pun, hanya lah sekadar sepintas lalu dan kebetulan. Minda aku masih kosong. Kehilangan Abah aku betul-betul bagi kesan kat aku.

1 Disember 2022


Abah aku masih sakit perut. Berpunca daripada gastrik sebab makan jeruk kendondong. Ya. Abah aku memang peminat tegar benda-benda masam. Hampir setiap kali lepas makan nasi, mesti akan cari buah atau benda masam sebagai penyudah juadah.

Waktu ni, Abah aku terkena rintik hujan masa keluar rumah. Tak lama lepas tu, terus demam. Aku suspek hujan kali ni hujan demam. Sebab aku pun terkena rintik hujan, terus selesema dan lemah satu badan.

Sampai 15 Disember, Abah aku masih tak larat. Selalu gosok perut. Klinik dah pergi tapi Abah aku masih tak sihat macam dulu.

12 Disember 2022


Kali kedua Abah aku ke klinik. Pergi ke klinik untuk masukkan air dalam badan. Sebab Abah aku tak sihat plus masih sakit perut.

Doktor check kondisi Abah aku. Doktor ambil darah dan sebagainya. Gastrik. Takde sakit lain. Cuma gastrik. Jadi, kami sekeluarga pun rasa lega. Takde kompilasi lain.

Adik aku dan isteri serta kakak aku dan suami dengan anak-anak dia balik sini jenguk Abah aku. Automatik, Abah aku terus sihat sikit. Mungkin Abah aku rindu nak jumpa anak menantu dan cucu-cucu.

15 Disember 2022


Lepas anak menantu dan cucu-cucu dah balik ke rumah masing-masing, Abah aku mula tak larat. Katanya terasa sakit kat perut. Masih ingat gastrik. Selera makan pun takde.

Tapi Abah aku tak pernah merungut lebih-lebih. Tak nak susahkan anak menantu hantar dia pergi klinik. Ditambah lagi dengan kos rawatan segala.

Abah aku masih mampu keluar masuk bilik air. Cuma setiap kali nak ke bilik air, mesti akan pegang almari supaya dapat stabilkan badan.

19 Disember 2022


Tengah hari aku bangun. Lena sangat aku tidur. Kebetulan takde letrik dari pagi lagi. Entah kenapa aku tidur dengan lena. Tak terasa panas pun bilik walaupun kipas off. Tak pernah macam ni. Mungkin Allah nak bagi hint, tapi aku tak perasan.

Petang tu, dalam pukul 5, letrik dah ada balik. Abah aku masih baring kat ruang tamu. Tak larat. Mak aku selalu tanya Abah aku. Gosok belakang Abah aku untuk keluarkan angin sikit-sikit. Ditambah lagi dengan hujan sepanjang bulan ni. Makin sejuk terketar.

Call ambulans tapi tak sampai-sampai


Dalam 6.22 petang, aku call ambulans. Aku mula risau tengok keadaan Abah aku. Aku tekan 999 dan cakap dengan operator. Panggilan aku disambung kepada PIC klinik untuk dapatkan ambulans berdekatan.

Tunggu punya tunggu sejam kemudian, ambulans tak datang. Aku dah mula risau dalam masa sama geram. Betul lah orang kata. Order piza lagi pantas dari ambulans.

7.22 petang aku call lagi. Kali ni katanya nak hantar ambulans datang ambil. Tak tahu aku nak cakap apa. Tunggu lagi ambulans datang. Dan dalam pukul 8 lebih, baru ambulans datang. Bayangkan hampir 2 jam!

Abah aku tak larat bangun. Mintak driver dan staff medik yang ada tu tolong angkat guna stretcher.

Sampai hospital


Dalam pukul 9 malam, sampai kat bahagian kecemasan. Staff medik mintak mak aku masuk sekali dalam ruang kecemasan tu. Aku kena handle pendaftaran.

Masa tengah tunggu giliran daftar, staff datang panggi aku masuk. Aku tengok Abah aku depan mata. Ramai staff medik berkumpul sekeliling Abah aku. Diorang bertungkus-lumus bagi bantuan pernafasan kat Abah aku. Katanya Abah aku dah takde nadi masa sampai. Mungkin dari dalam ambulans lagi.

Aku tak terkata. Kosong fikiran aku. Padahal Abah aku elok je sebelum masuk ambulans. Abah aku siap cakap, mintak kat mak aku kain pelikat baru untuk pakai. Kenapa bila dah sampai hospital, Abah aku takde nadi?

Aku takut. Aku dan mak aku je yang ada kat Abah aku. Adik-beradik aku yang lain semua duk jauh-jauh kat rumah masing-masing. Kakak aku otw ke hospital tapi terpaksa redah banjir.

Abah aku pergi buat selamanya


Pukul 10 lebih staff medik datang kat aku dan mak aku. Aku tak pasti dia doktor ke siapa. Dia pegang mak aku. Cakap pelan-pelan yang Abah aku dah takde. Mak aku terus nangis.

Aku tak mampu nak nangis. Tak mampu nak keluarkan air mata. Aku betul-betul terkejut. Aku fikir kalau aku nangis jugak kat situ, macam mana dengan mak aku? Mesti mak aku lagi sedih. Meraung.

Aku contact adik-beradik yang lain. Aku bagitau yang Abah aku dah takde. Aku mintak diorang datang, balik kampung. Aku contact kenalan terdekat Abah dan mak aku.

Kalau aku sedih, mak aku lagi sedih


Mak aku sebak. Aku kesian kat mak aku. Takde anak-anak perempuan kat sisi saat diperlukan.

Tak lama lepas tu, datang kakak aku yang redah banjir. Meraung menangis sambil peluk mak aku. Aku masih tak dapat mengalirkan air mata walaupun hati aku cukup sedih dan sebak dengan pemergian Abah aku.

Jenazah abah dimandikan dan dikafankan kat hospital. Dalam pukul 3 pagi, lepas siap, kami bawak balik jenazah Abah ke rumah. Baringkan kat ruang tamu tempat Abah selalu tidur.

Mak aku tidur tepi jenazah Abah buat kali terakhir. Aku tak percaya Abah aku dah takde. Cepat sangat. Aku tak sempat nak tabur bakti kat Abah aku. Aku tak sempat nak senangkan hidup Abah aku. Aku tak sempat nak ucap yang aku sayang sangat Abah aku.


Kini. Aku hanya mampu titipkan doa buat Abah aku. Semoga setiap kebaikan yang aku buat, pahalanya Allah akan kirim kepada arwah Abah aku.

Post a Comment

4 Comments

  1. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  2. Salam takziah BK...turut terasa sebak,senangnya pemergian Abah..moga abah sentiasa dalam rahmat Allah dilapangkan tempatnya
    :( patut lama tak nmpk BK update blog,tertanya2 juga dalam hati apa sebabnya

    ReplyDelete
  3. Salam takziah BK! Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete