Beli Sambal Nyet Berapi Khairulaming kali kedua.


Sejujurnya, bukan taste aku sambal ni. Aku pernah beli lama dulu. Rasa sambal yang aku beli tu manis. Maklum lah. Dah terbiasa makan sambal penyet pedas. Tetiba makan sambal manis, pelik lah jadinya.


Bukan aku saja yang rasa sambal tu manis. Banyak review yang aku baca, katanya manis jugak. Tapi ada jugak yang kata setiap batch manufacturing sambal ni, rasa tak sama. Entah.

Beli kali kedua



Aku beli pun masa Khairulaming sendiri yang buat Shopee live. Waktu tu dia kata nak dapatkan 100k sales untuk hari tu. Dan ada diskaun jugak. Lepas tolak voucher, maka aku dapat RM7.89 untuk satu botol sambal nyet ni. Murah gitu kan? Kalau harga asal, rasanya aku tak beli kot.

Sedap ke?


Kali ni, rasa sambal nyet ni dah tak manis sangat. Mungkin sebab ramai yang tak suka manis, maka resepi diubah. Entah. Tapi sambal yang aku dapat ni tak sama rasanya macam dulu: sambal baru ni tak manis tapi rasa pahit kelat sikit. Kenapa ya?


Tekstur sambal ni masih sama. Cuma aku perasan, minyak dalam sambal ni macam lebih banyak dari sambal sebelum ni. Aku tak kisah pun sebab aku lagi suka kalau sambal banyak minyak. Boleh curah kat nasi. 😂

Untuk kali ni, aku bagi rating 8 per 10 bintang. Lagi 2 bintang tu aku tolak sebab ada rasa pahit sikit dalam sambal tu. Entah macam mana boleh pahit aku tak pasti. Sebab beberapa kali aku cuba, tetap terasa pahit.

Kad yang diberi percuma.

Setakat entri ni ditulis, jualan sambal nyet ni dah lebih 2 juta. Tu baru kat Shopee. Kat TikTok aku tak tahu sebab aku tak layan TikTok. Ada sesiapa yang dah cuba makan sambal nyet ni? Macam mana? Best tak?

Post a Comment

17 Comments

  1. sambal berapi dan jualan juga berapi...kena dengan strategi pemasaran yang power

    ReplyDelete
  2. Baru 2-3 kali beli, masa mula-mula beli terasa kepedasannya. Bila beli kemudian dan boleh tolerate dengan rasanya. Tak perasan pula ada manis lebih dan pahit sebab dah lama tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca review kat kedai tu, ada yang kata rasa berubah setiap batch. Mungkin sebab tu rasa lain.

      Delete
  3. pahit tu mungkin sbb kurang masak cilinya kot. bukan pahitlah tapi more to hmmm apa nama perkataan tu tak dapat pulak nak recall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti rasa pahit atau kelat. Tapi dalam kategori tu lah jugak.

      Delete
  4. tak pernah beli, tapi pernah rasa sikit.. anak saudara beli...QC kurang kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lah. Harap diorang improve apa yang perlu.

      Delete
  5. Cuya pernah rasa sikit juga.... pedas gilaa... hahaha bolehlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali rasa memang pedas. Bila dah biasa makan, tekak boleh terima.

      Delete
  6. dpt murah harga live tu. sambal kalau manis sgt pn xsedap

    ReplyDelete
  7. sekian lama CCL nk try sambal nyet ni akhirnya ada rezeki juga , beli time KA buat live thru shopee

    ReplyDelete
  8. Masih belum beli sebab tak makan pedas sangat. Hurm..agak apa ye punca rasa pahit?

    ReplyDelete
  9. memang sedap! sy pernah rasa sekali baru2 ni.. makan dgn telur goreng dan nasi putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung lah kena dengan selera. Boleh beli lagi tu kalau nak habis.

      Delete