What's up?

  • run

    HOME

Mencuba Sambal Nyet Berapi Khairulaming. Sedap ke?


Mungkin rezeki aku dapat merasa sambal ni. Setelah berbulan-bulan give up sebab tak dapat nak beli dari Shopee. Setiap kali nak beli, mesti out of stock. Last-last terpaksa lupakan niat nak rasa sambal yang dikatakan viral.


Tanggal 11 November 2021 merupakan hari bersejarah. Cewah. Masa tengok live Khairulaming kat Shopee, aku di antara mereka yang berjaya beli sambal yang dijual sebanyak 13 ribu dalam masa satu jam. Hebat bukan? Harga sebotol RM13.90 tak termasuk postage. 5 hari kemudian, sambal yang aku beli pun selamat sampai. Excited? Mungkin. Lama bebenor menunggu akhirnya dapat merasa.

Yang best 👍


Sedap ke? Aku boleh kategorikan sambal ni dalam kelompok yang sedap. Kalau ada rating, aku boleh bagi 7 daripada 10. Pedas? Tak terlalu pedas. Boleh makan dalam panas terik tanpa minum air. Selain tu, ada rasa bawang goreng dalam sambal. Lain daripada yang lain. Belum pernah lagi aku rasa sambal yang ada rasa macam ni. Mungkin ni salah satu wow factor kesedapan sambal ni.

Yang kureng 👎


Sambal Nyet Berapi ni terasa sangat MSG. Macam bila kita masak gulai, boleh beza gulai yang ada MSG dan yang takde MSG kan? Lagi satu, ada rasa manis yang buatkan sambal ni tak menyengat kepedasannya tu. Pedas tapi tak berapi. Aku tak tahu lah deria rasa aku yang problem ke tak. Tapi bila makan sambal ni, boleh rasa manis tu. Aku tak suka makan sambal yang manis sebab bila ada elemen manis dalam tu, rasa keseluruhan sambal jadi tak fresh. Macam rasa yang dibuat-buat.


Sejujurnya, aku pernah makan sambal yang lagi sedap. Sambal apa? Tentu lah sambal ayam penyet Wong Solo. Pedas dan sedap. Cukup rasa. Pilihan kedua aku, sambal Ayam Gepuk Pak Gembus. Sambal ni memang padu. Boleh pilih level kepedasan. Walaupun level paling kurang pedas, kesedapan sambal tu tetap ada.

Aku pernah buat review pasal Sambal Pedas Desik dari Amsaz Kitchen. Sedap jugak. Rasa lada yang digunakan tu sangat segar. Sambal Ijo dari Uleg pun tak kurang hebatnya. Sedap tapi ada belacan. Aku memang alergik dengan belacan.

Sambal Wong Solo: ★★★★★★★★★★
Sambal Pak Gembus: ★★★★★★★★★☆
Sambal Pedas Desik: ★★★★★★★★☆☆
Sambal Nyet Berapi: ★★★★★★★☆☆☆
Sambal Ijo Uleg: ★★★★★★☆☆☆☆

Kad percuma. Bahagia dia sekarang.

Ni sekadar pendapat aku. Mungkin cita rasa kita tak sama. Ada orang suka sambal A, ada orang suka sambal B, ada orang tak suka sambal. Bagus Khairulaming ni. Dari buat konten masak-masak, sekarang dah jadi entrepreneur. Dari hobi kepada kerjaya. Tak sia-siakan bakat yang ada.

16 comment (s):

  1. 13 ribu dalam masa satu jam? wow hebat betul.. mama tak berapa gemar makan sambal mcm ni tapi kalau travel bagus juga nak bawa sambal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kejap je sold out. Cannot brain betul. Tapi saya tak berani nak bawak travel. Risau sakit perut makan pedas. 😅

      Delete
  2. wahh. tak dpt lg nak cuba. selalu sold out je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Memang sold out. Saya rasa tak perlu set timing macam sekarang ni. Nanti ramai yang ready sebelum waktu order. Kena buat waktu random. Baru adil.

      Delete
  3. Akak pun tidak suka sambal ada rasa manis.

    ReplyDelete
  4. sy x sempat nk merasa sambal viral ni sbb xde luck nk membeli.. kalau BK kata ada rasa manis tu ok lah xpe.. sy x brp berkenan kalau sambal manis.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lidah saya makan memang rasa manis. Sedap tapi manis sikit.

      Delete
  5. Belum berkesempatan lagi nak cuba sambal nyet ni, tak sampai seru untuk beli pun ye. Akak bagi laluan orang lain beli dulu, akak kedian sikit pun tak pe la. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu. Saya dah bagi laluan kepada berpuluh-puluh ribu dah. 🤭

      Delete
  6. Setuju tu selera masing-masing tak sama. So jangan gaduhlah kalau ada yang komen jujur macam bola katok ni kan hahhaa...
    Ayam Gepuk Pak Gembus punya samabal Mrs. A dah pernah makan, berani pilih level paling tak pedas je. Sambal nyet KA belum cuba lagi nantilah bila dah tak viral Mrs. A cuba hiks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Saya komen berdasarkan pengalaman. Actually, banyak je sambal yang sedap kat luar sana. Cuma tak dijual oleh orang terkenal. 😌

      Delete
  7. Aha pernah try gak.. Masih bole tahan tahap pedas nya kan.. Sama laaa sambal ni jd viral.. Dh le kemain ssh nak belinya hahaha... Mmg rezeki dia la jual sambal ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah yang amat. Harap seller open order waktu random. Baru tak ramai yang menunggu.

      Delete
  8. Atas citarasa masing2 kan . Ada terbaca review tentang sambal nyet ni , ada yg ckp terlalu pedas .ada yg ckp pedasnya biasa2 . Ccl pun tak sempat lgi nk merasa sambal nyet ni . Asyik out stock je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab saya pernah rasa sambal yang lebih pedas dari sambal ni kot. Lidah dah terbiasa pedas sambal. 😅

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.