What's up?

  • run

    HOME

Niat nak tolong tapi komen dibuang oleh owner blog.


Apa perasaan bila korang gigih duk blogwalking dan tinggalkan komen berguna dan bermanfaat, tiba-tiba bila kembali semula ke entri tu, komennya hilang tanpa jejak? Sedih, geram, marah?

Itu lah yang berlaku kat aku. Nak kata Blogger tandakan sebagai spam, tak pulak. Sebab aku tahu yang komen aku tu dibaca oleh owner sebab owner siap update entri dia berdasarkan nasihat yang aku bagi dalam komen tu.

I know what you did last...

Ceritanya macam ni. Owner tu buat entri pasal something yang memang bermanfaat dalam dunia Blogger. Tapi aku perasan ada satu benda tertinggal. Kalau takde benda tu, memang tak function pun entri dia tu. Aku pun komen lah kat entri tu dan letak sekali benda yang tertinggal tu. Tapi bila terjah semula entri tu, komen aku hilang. Aku pelik dan bingung. Blogger buat hal ke?

Tapi kebingungan aku tu hilang bila owner tu update entri dan tambah benda yang tertinggal, macam yang aku bagi dalam komen aku yang hilang tu.


Bagi aku, nak delete atau buang komen tu tak kisah pun. Kau punya blog, suka hati kau lah kan? Mungkin owner tak nak ruangan komen entri dia tu berserabut. Atau mungkin komen tu dia delete tanpa sengaja. Tapi at least bagi lah credit kepada mereka yang gigih berusaha bagi, kerah dan cari penyelesaian untuk tambah baik entri dia. Bukan senang nak spend masa untuk komen. Lagi-lagi dengan perangai sistem Blogger yang asyik buat hal sekarang.

Ni tak. Komen hilang dan tup-tup entri tu secara misteri dah update dengan cemerlang, gemilang dan terbilang berdasarkan komen yang hilang tu. Sepatutnya komuniti Blogger ni saling bantu-membantu kan? Tak perlu jadi macam tu.

Cara nak follow up komen

Kalau komen yang aku tinggalkan tu penting untuk dirujuk, aku akan tick pada kotak Notify me atau Beritahu saya kat ruangan komen. Maksudnya, aku nak tahu progress terkini entri tu. Jadi, seandainya sesiapa yang komen kat entri tu, akan sampai emel yang menunjukkan setiap conversation pengomen dalam entri tu.


Bila jadi macam ni, memang tak lah aku nak singgah, apatah lagi nak tinggalkan jejak kat blog macam tu. Entah. Mungkin aku akan perhatikan dulu dalam beberapa hari lagi. Kalau owner tu buat lagi, paling ekstrem, mungkin aku akan mute atau unfollow blog tu selamanya. 😟

21 comment (s):

  1. Betul kadang2 x salah pun kita terima seadanya komen2 membina dari pengomen2 kita kan.. Tak berani nak komen lelebih pasal owner blog tu.. maybe dia terdelete la kot tp tp hahaha patut dia mention la kan pembetulan tu or idea tu dari siapa, ye dak! Ok kita husnuzon je la hehehe.. jgn serik memngomen k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa cerita ni Kak Ret. Sibuk nak tahu. Hehe

      Delete
    2. Betul. Kita komen untuk tolong je. Takde niat lain pun.

      Delete
  2. tak baik kan..sepatutnya bagilah credit..siapalah agaknya blogger tu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah lah. 🤭

      Komen dibuang, kredit pun takde.

      Delete
  3. sedih jadi macam tu. at least letak la kredit..

    ReplyDelete
  4. Kalau akak sedih komen kena buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda nak jadi kak. Mungkin owner tak sengaja kot terbuang komen. 😌

      Delete
  5. alahai... ada jugak kes mcm ni..sabar ye BK.. xpelah kita dh usaha nk bantu tp mungkin ada faktor lain kot yg menyebabkan komen BK invicible... kalo sy mmg suka org komen utk tambahbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jadi macam ni. Saya pun suka jugak orang komen banyak-banyak. Boleh tahu mana yang nak kena improve.

      Delete
  6. kesiannya. Dulu rajin lah buat notify me tu pastu dah malas dah sebab anggap drop komen tu sebagai sesuatu yang takkan dibalas sebab I pun sejenis macam tu jugak haha tak dan nak balas. Be strong ye BK :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Untuk sesetengah entri yang penting dan mengharapkan komen dibalas, saya akan buat notify.

      Delete
  7. Jangan risau mai komen dekat blog Naim haha . be strong bro haha

    ReplyDelete
  8. uish blogger mana lah tu. tak salah pun nak credit orang lain. tak luak pun pageview

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tak tahu lah. Mungkin dia tak sengaja terbuang komen dan lupa siapa yang komen. 😄

      Delete
  9. Pernah terjadi
    wak nak delete komen spam
    tetapi terdelete komen lain di bawahnya

    ReplyDelete
  10. Sedih juga kalau kita komen blogger tu terdelete dgn sengaja or tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Nak buat macam mana. Terima walaupun pahit.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.