What's up?

  • run

    HOME

Pernah makan tak nuget perisa tomyam?


Dapat jugak merasa nuget perisa tomyam dari brand First Pride. Kesnya sebelum ni kakak aku ada beli kat tempat dia. Sedap katanya. Lagipun memang rare kan perisa nuget macam ni? Selalunya yang aku makan perisa original, pedas dan cheese. Tak tahu pulak kewujudan nuget perisa tomyam di atas muka bumi ni.

Kat kawasan aku tinggal ni memang takde. Aku pergi pasar raya pun takde. Maklum lah. Daerah aku ni bukan lah maju sangat kalau nak dibandingkan dengan daerah lain. Tak nak lah aku pergi ke mall yang jauh berpuluh KM semata-mata nak beli nuget yang belum tentu dijual ni. Solusinya, aku mintak kakak aku pos dari rumah dia ke tempat tinggal aku.


Tapi nak hantar barang frozen bukannya boleh pos macam barang biasa. Aku pun beli lah ice pack dan thermal bag kat Shopee. Masa nak hantar ke J&T, rupanya kena letak dalam foam box aka kotak polistirena yang biasanya orang letak sayur atau barang basah tu. J&T tak benarkan guna thermal bag macam tu je sebab diorang nak elakkan air yang terhasil waktu kondensasi nanti. Bila letak dalam foam box ni, baru takde limpahan air yang boleh sebabkan barang-barang pos lain basah sekali.

Item Harga
Foam box RM11.90
Caj penghantaran RM30.00

Foam box ni boleh beli terus kat pejabat J&T tu. Ada sesetengah tempat, diorang tak jual atau habis stok. Nak jimat, boleh je beli sendiri kat kedai.

Dalam masa sehari je barang ni sampai kat tempat aku. Bila bukak, elok je barang tu. Ice pack pun belum 100% cair. Keras lagi. Kalau tengok dari keadaan ice pack, aku kira mungkin ice pack tu mampu bertahan dalam 3 atau 4 hari lagi.


Malam tu aku terus goreng nuget perisa tomyam ni. Bau tomyam semerbak satu rumah. Rasa nuget ni pun memang best. First Pride kan? Nuget dan ayam goreng diorang tak pernah tak best. Berbaloi nuget ni merentas negeri. Kalau nuget ni boleh bercakap, mesti dia happy sebab dapat serve orang dengan rasa yang sedap.

6 comment (s):

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.