What's up?

  • run

    HOME

Ketagih makan roti dengan Crispy Chocolatey Rice Cereal Crunchy Spread.


Aku ada singgah kat Econsave masa keluar beli buku kat SMO Bookstores. Waktu tu dah malam. Gigih masuk pasar raya sebab nak cari bahan-bahan nak buat oden sebenarnya. Masa mata tengah melilau cari barang, terjumpa pulak jem coklat atau coklat spread ni.


Setahu aku, Crispy ada buat coklat bar je. Dan memang sedap pun coklat bar tu. Lagi-lagi bila ada kacang atau cereal. Memang krup krap lah waktu makan.


Pernah makan tak coklat spread dari Crispy? Jujur aku cakap, memang sedap. Rasa coklat ngam-ngam. Tak kurang dan tak lebih komposisi coklat tu. Rasa tak terlalu manis dan terasa premium bila makan. Paling best, bila ada cereal dalam coklat spread ni. Bayang kan bila sapu atas roti bakar. Memang nikmat yang amat.


Coklat spread ni tak keras macam brand Gardenia atau Nutella. Brand Crispy ni memang sesuai sangat bila sapu atas roti. Kalau nak buat cicah pun boleh. Bila makan, rasa macam meletup-letup dalam mulut.

 Tips: Jangan sesekali simpan dalam peti ais. Nanti coklat jadi keras macam batu.

Harga aku beli RM8.50 sebotol. Berbaloi dengan rasa dan kuantiti. Nak kata mahal tak jugak. Sebab siap ada cereal dalam tu. Brand lain belum pernah lagi aku jumpa buat macam ni. Recommended? Ya. Kena cuba. Aku dah sampai ketagih dah. 😅

8 comment (s):

  1. Hendak cuba. Haha tapi kena habiskan yang coklat Gardenia dahulu.

    ReplyDelete
  2. mmg nampak sedap sgt tu, mcm nak ratah aje haha

    ReplyDelete
  3. Waahh ini sudah bagus. Ada cereal sekali. Sedap makan dengan roti putih atau nak sihat sikit guna roti wholemeal. Tq share. Nanti boleh cari :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Makan dengan roti wholemeal memang bagus jugak. 👍

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.