Choki Choki Doraemon. Jom kumpul pelekat AR.


Siapa tak kenal Choki Choki kan? Jajan lejen sepanjang zaman. Dulu ada perisa coklat je. Sekarang ada dua lagi perisa iaitu chocomilk (coklat + susu) dan chococashew (coklat + kacang). Bila makan Choki Choki ni, jarang sangat nak sapu kat roti. Selalunya makan ratah macam tu je.

Paling best, Choki Choki jaman now ni suka bagi mainan percuma dalam setiap pek. Tak lama dulu siap ada Transformers, Barbie, My Little Pony, Justice League, Hot Wheels, Boboiboy dan Pokémon. Terbaru, disertakan sekali dengan mainan sticker Doraemon. Comel pulak bila tengok karakter Doraemon. Tapi ni bukan sebarangan sticker. Sticker ni boleh hidup tau.


Sebenarnya teknologi augumented reality aka realiti terimbuh (AR) digunakan. Macam mana nak bagi hidup? Caranya kena lah install apps Choki Choki kat dalam phone. Lepas dah bukak, scan je gambar karakter Doraemon tu. Nanti akan timbul karakter Doraemon dalam bentuk 3D.



Ada jugak sticker Side Character dan Gadget yang berguna bila nak main kutip dorayaki nanti. Game ni simple je. Takde lah macam level Temple Run, Subway Surfers atau Survival Run with Bear Grylls yang ada banyak misi yang nak kena setel. Game Dorameon ni just main makan dorayaki untuk kumpul point.


Katanya ada beratus sticker. Aku baru beli dua paket. Setiap paket kecik ni ada dua sticker. Beli sebab nak cuba main je sebenarnya. Rupanya best pulak main sambil isi masa terluang. Nampaknya kena beli lagi lah lepas ni. Alang-alang Choki Choki buat promo Doraemon ni, baik kumpul siap-siap.

Post a Comment

12 Comments

  1. anak2 wak je suka makan coki2 ni.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala apa salahnya Wak join sekaki. 🤭

      Delete
  2. Saya nak cari jugalah, mesti anak-anak gembira bila tengok doraemon tu hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Best dapat kumpul koleksi rare Doraemon macam ni.

      Delete
  3. Anak-anak Fiza beli choki² ni semata-mata nak main tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Budak-budak memang suka hadiah dari Choki Choki ni.

      Delete
  4. fav anak anak ni . kena beli bagi adil kalau tak berebut masing masing . baik coklat , baik pelekat tu hahahhha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Beli sama banyak. Nanti berebut nak kumpul pelekat.

      Delete
  5. Dulu Ai suka, tapi lama-lama malas nak tolak chocolate tu keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya gigit je bagi keluar. Last-last tak perasan dah habis. 😀

      Delete
  6. aww comelnye doraemon tu. kena bgtau adik mama ni dia antu doremon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kena kumpul cepat-cepat selagi ada stok.

      Delete