What's up?

  • run

    HOME

Review: Aik Cheong Cafe Art Variety Pack.


Aku bukan peminat tegar kopi moden. Biasanya aku minum Nescafé tambah susu pekat. Tapi tu dulu, waktu aku ketagih minum. Sehari dalam 3 hingga 4 gelas aku habiskan. Bila kolesterol naik, terus aku insaf.

Tu pun aku check masa dalam mall. Kebetulan waktu melilau cari barang dapur, ada orang yang jaga depan section susu tepung. Aku tak pasti tu doktor ke apa. Sebab kalau nak check kolesterol tu, kena ambil darah. Dia cucuk jarum kecik kat hujung jari aku. Bila check, memang dia cakap kolesterol aku ni tinggi.

Kolesterol tahap tinggi.

Sampai sekarang aku jarang sangat minum kafein. Teh ke kopi ke Nescafé ke. Tak kisah lah. Memang jarang. Aku banyak minum Ribena tanpa tambah gula. Jadi kanak-kanak Ribena lah selamanya.


Dalam kotak ni ada 4 jenis perisa. Dan setiap perisa ada 3 paket. Total keseluruhan adalah 12 paket. Aku beli dari tahun lepas. Tapi tak bergerak pun. Kesnya beli waktu promo, harga jadi murah. Bila sampai rumah, was-was nak minum sebab risau kolesterol naik balik. Dah bertaubat, takkan nak buat dosa balik kan?

Senarai perisa dalam Aik Cheong Cafe Art Variety Pack



Rasa coklat ni sangat lah kaya dengan koko. Sebelum masukkan air, boleh bau aroma coklat tu yang sedap. Nak kata macam Milo, memang tak sama sebab Milo kaya dengan malt. Nak kata macam serbuk koko Cadbury pun bukan. Bagi aku, rasa perisa coklat brand Aik Cheong ni antara Milo dan Cadbury. Rasa ngam-ngam. Banyak kali minum pun tak bosan.



Tekak aku memang tak boleh telan mana-mana matcha atau teh hijau. Aku pernah minum brand BOH. Memang tak jalan. Coklat Kit Kat perisa teh hijau pun aku rasa pelik. Tapi teh hijau Aik Cheong ni lain sikit. Aku boleh minum sampai licin satu cawan. Sebab tak panit tapi lebih kepada rasa berlemak manis. Masa kena lidah tu, rasa pelik sikit tapi bila dah sampai dalam tekak, makin sedap pulak jadinya.



Coklat tabur dalam paket hitam tu.

Bukan favourite aku. Bila aku minum, memang tekak rasa kering. Ibarat Nescafé 3 in 1 original (paket merah). Tapi nasib baik diberi sekali satu paket kecil yang ada coklat tabur. Waktu hirup tu, memang rasa coklat melekat kat bibir dan rasa manis coklat tu lah yang seimbangkan rasa cappuccino ni. Peminat cappuccino mesti suka perisa ni.



Sama macam brand lain kat luar sana jugak. Kalau ada beza pun, sikit je. Rasa latte ni hampir sama macam Nescafé 3 in 1 ori tu jugak. Tapi lebih light. Maksudnya, walaupun habis minum satu gelas, tak rasa overdosed. Sebab kadang-kadang ada latte yang terlalu kuat sangat sampai pening kepala minum.



Kedua-dua perisa ni aku beli berasingan. Dah lama dah. Dalam pek besar. Masa buat entri ni, tinggal yang ni dua je. Aku paling suka perisa mocha. Sangat suka. Rasa coklat dan kopi. Memang terasa syok bila hirup panas-panas.

Caramel macchiato pulak boleh katakan antara favorite aku jugak. Sebab ada caramel. Tu yang special. Jadi, bila minum kopi, tak rasa kosong sangat. Tapi caramel dalam tu tak banyak pun. Even sikit, tapi masih terasa caramel tu masa minum. Ibarat minum Nescafé ori letak caramel.

8 comment (s):

  1. ada 4 pilihan tu bole la cuba kan..tp tk minat apa2 yg melibatkan matcha..tk tertelan rasanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tak semua orang suka matcha. Boleh cuba matcha ni. Saya boleh minum sampai habis walaupun tak suka matcha.

      Delete
  2. Saya minat semua flavour tu. Boeh cuba ni. Samalah saya pun ada masalah kolesterol jugak walaupun kurus. Haih, bilalah nak insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Muda-muda lagi dah kolesterol tinggi. 😌

      Delete
  3. mama la tu yg hantu kopi. teruja plak tgk macam2 perisa ada tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak perisa boleh cuba. Kiranya kotak ni macam trial set.

      Delete
  4. Saya suka kopi tapi belum pernah cuba lagi jenama aik cheong ni. Menarik ada banyak flavour boleh rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nanti. Dalam Shopee dan Lazada banyak promo dari kedai official diorang.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.