What's up?

  • run

    HOME

Oden FamilyMart masak sendiri kat rumah.


Dah lama aku tak makan oden FamilyMart. Sejak PKP dan COVID-19 melanda, memang tak pergi langsung ke sana. Dulu tu, nak keluar rumah pun bila ada urusan penting. Kalau nak jalan-jalan, lagi lah tak berani. Tak nak ambil risiko.

Kat pasar malam ada je oden. Tapi tak sama ye gaiss dengan oden FamilyMart. Kepekatan, rasa dan aroma tu lain macam. Sampai titisan kuah terakhir pun sanggup hirup. Nak kata punya lah sedap oden FamilyMart tu.

Oden FamilyMart DIY kat rumah

Boleh buat sendiri kat rumah ke? Boleh. Asalkan cukup bahan dan kerajinan. Walaupun bahan dah cukup tapi badan punya lah malas nak gerak, tak jadi jugak kan?

Bahan-bahan nak buat oden ni ada sikit je. Ada yang aku beli online dan ada yang beli kat pasar raya. Yang penting, wajib ada paste tom yam FamilyMart. Paste lain tak boleh. Nanti rasa tak sama lah.


Caranya senang je. Tak perlu resepi pun. Hanya masukkan 2 sb paste tom yam dan 2 sb paste asam pedas dalam air mendidih. Lepas tu, masukkan jugak seafood steamboat. Ada banyak jenama kat luar sana. Aku suka jenama Fusipim. Lagi sedap dan juicy rasanya berbanding jenama lain.


Mi tu optional. Nak letak boleh, tak nak letak pun boleh. Aku guna mi wonton dari A1. Nak guna mi lain pun boleh. Macam mi megi ke mi yee mee ke pun tak kisah. Yang penting, jangan sesekali tambah garam, gula, MSG dan seangkatan dengannya. Nanti rasa tak sedap. Aku dah test masukkkan garam dan kiub pati ayam. Rasa terus jadi masin.

Oden DIY ni memang berbaloi kalau nak buat sendiri kat rumah. Mungkin rasa bukan 100% sama dengan oden yang FamilyMart jual. Tapi aku boleh kata, at least 90% rasa tu sama macam kat kedai. Kalau FamilyMart takde kat kawasan rumah, boleh lah cuba buat sendiri.

12 comment (s):

  1. buat sndri lagi puas kan... mcm2 bole ditmabah ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Boleh ikut kehendak sendiri nak alter macam mana.

      Delete
  2. lagi puas buat sendiri kan...nak buat la..tunggu adik2 balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Puas hati jugak lah. Makan ramai-ramai memang best.

      Delete
  3. Baru tahu ada pes tomyam FM gak. Boleh kira berapa kali je beli oden ni. Rasa dia berubah ubah kejap sedap kejap macam kurang. Buat sendiri bolehlah kita adjust mana yang kurang tu kan. Puas hati boleh makan banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Bila buat sendiri boleh adjust ikut cita rasa. Dan boleh tambah banyak barang yang kita suka.

      Delete
  4. Replies
    1. Setuju. Kalau nak letak cendawan atau sayur lain pun boleh.

      Delete
  5. kalau masak guna kiub ayam dah tak perlu letak garam sebab kiub tu dah ada bahan perasa dah. Ada gak nampak pes ni dekat Family Mart tapi belum cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak. Saya buat trial and error. Last-last lari rasa. Tapi bila tak tambah apa-apa, elok pulak.

      Delete
  6. Uish best ni! Ada pes oden begini memang dapat makan puas-puas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best kalau dapat buat sendiri. Puas hati.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.