Hadiah giveaway dari farihajafri.com sempena #1stYearwithShopee.


Syukur. Ditakdirkan untuk menang GA kali ni. Tak sangka pulak boleh menang walaupun dalam hati memang duk berharap supaya menang. Jarang bloggers nak bagi novel free ni. Hadiah ni dah lama dapat tapi tak sempat nak buat entri.

Apa yang aku dapat? Actually, lepas dipilih sebagai pemenang, blogger Fariha Jafri ada emel aku untuk aku pilih 2 buah novel yang berkenan di hati dalam kedai Shopee beliau (iKON_ic Store). Memang banyak novel dalam tu. Walaupun pre-loved, tapi keadaan novel-novel tu macam baru.

Antara novel yang aku pilih adalah:
  • ASRAMA oleh Muhammad Fatrim
  • ANOMALI oleh Syafiq Aizat


Tapi tak sangka pulak beliau bagi satu novel lebih iaitu Baitulmaqdis: Petaka Armagedon oleh Web Sutera. Novel baru pulak tu. Macam tahu-tahu pulak aku suka novel macam ni. Terima kasih banyak-banyak.

Aku lebih suka baca novel pesen gini. Bukan cintan-cintun typical nasty (ayat Diva AA). Bila baca novel macam ni, rasa otak tu lebih ligat bekerja dan secara tak langsung, minda pun makin sihat. Setuju? Bukan aku tak suka baca novel cinta tapi tengok keadaan jugak. Kalau cinta paksa rela atau kontrak dsb tu, memang aku tak layan dah. Banyak sangat plot macam tu.


Aku belum baca lagi mana-mana novel ni. Sempat baca sinopsis je. Masa tak mengizinkan. Sekarang pun makin berlambak urusan harian nak kena setel. Harap dalam masa terdekat ni dapat lah baca kesemua tiga novel ni.

Post a Comment

4 Comments

  1. Masih cantik buku-buku tu tak macam pre loved pun. Asrama tu rasanya buku cerita hantu, rasa macam pernah baca. Tahniah by the way

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owner pandai jaga buku. Memang nampak masih baru. Takde comot atau rosak pun.

      Delete
  2. Ammi ada beli 1 buku jadi fayadh rasanya.. Bencana 2020.

    Anak no. 2 ammi baca pastu dia tak boleh tidur malam sbb takut. Rasa nak kiamat katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh. Buku tu pernah nampak kat kedai tapi tak pernah baca. Kadang baca buku tema macam tu ada baik buruknya.

      Delete