Perbezaan sampul PosLaju dengan Pos Malaysia.


Hari ni dapat ilmu baru. Aku ada beli barang online. Seller pos barang tu guna sampul yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Ada logo Pos Malaysia. Warna seakan emas kelabu. Sebab sifat ingin tahu yang membuak-buak, aku pun call pejabat Pos.

Rupanya ada banyak jenis sampul Pos kat Malaysia. Tu tak termasuk lagi pos yang jenis kotak. Sebelum ni aku biasa jumpa seller yang hantar guna sampul (atau flyer) kosong. Kena isi manual kat website atau app dan bayar bila dah timbang barang. Untuk pengetahuan, sampul dari PosLaju dan Pos Malaysia tak sama tau.

Jenis sampul PosLaju

1. Prepaid (Prabayar)


Sampul plastik. Harga dah ditetapkan berdasarkan berat. Dalam sampul ni ada disertakan sekali bubble wrap untuk lindungi barang dari kerosakan. Ada dua jenis iaitu untuk Semenanjung Malaysia (oren) dan Sabah/Sarawak (biru).

Saiz Berat Harga
S (Semenanjung) 500 g RM7.90
S (Sabah/Sarawak) 500 g RM13.00
L (Semenanjung) 1 kg RM10.90
L (Sabah/Sarawak) 1 kg RM19.00

2. Flyer


Sampul jenis ni tak sama dengan Prabayar. Kena timbang barang baru tahu berapa harga yang kena bayar sebab harga tak sama mengikut negeri. Kena isi borang online atau dalam app, print kat pejabat Pos dan tampal sticker tu kat sampul. Kalau dalam website Pos Malaysia, harga dijual secara bundle.

Saiz Kuantiti Harga
S 10 keping RM2.00
S 50 keping RM6.00
M 10 keping RM3.00
M 50 keping RM11.00
L 10 keping RM4.00
L 50 keping RM15.00
XL 10 keping RM5.50
XL 50 keping RM22.00

Jenis sampul Pos Malaysia

1. FlexiPrepaid


Sama jugak macam sampul Prepaid tapi sampul plastik ni hanya boleh beli kat cawangan Pos Malaysia. Cawangan PosLaju takde jual dan PosLaju pun takkan terima atau buat delivery barang dari sampul ni. Tracking number lain-lain katanya. Berat dan harga FlexiPrepaid dah ditetapkan pada setiap sampul.

Saiz Berat Harga
S 500 g RM4.50
M 1 kg RM6.00
L 2 kg RM8.00

2. XpresDrop


Sama macam FlexiPrepaid, sampul ni hanya boleh didapati di setiap cawangan Pos Malaysia. Dulu kertas tebal (Pos Ekspres), sekarang plastik. Selalunya, dibeli sebab nak hantar dokumen atau apa-apa barang nipis (dan ringan) dalam masa yang cepat. Tapi katanya sampul jenis ni dah nak ditamatkan. Stok yang ada sekarang takkan ditambah bila dah habis.

Saiz Harga
S (oren) RM5.30
XS (oren) RM4.77
XS (lutsinar) RM4.77

Untuk info lanjut, boleh pergi sendiri ke cawangan Pos berdekatan atau boleh tengok kat website Pos Malaysia (https://www.pos.com.my) sebab dalam ni ada banyak maklumat berkaitan jenis sampul berserta harga. Semoga entri ni bermanfaat untuk mereka yang nak guna servis PosLaju dan Pos Malaysia.

Post a Comment

8 Comments

  1. Lama tak pergi pejabat pos untuk urusan pos. Kak Feni guna khidmat J&T sebab dekat dengan rumah.

    Btw kak feni follower yang ke 98. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. 😀

      J&T pun bagus jugak. Siap ada servis balut guna bubble wrap lagi.

      Delete
  2. Tq info.
    Jarang guna poslaju utk pos dokumen office. Biasa kena guna AR card sbb itulah requirement utk hantar legal docs

    ReplyDelete
  3. wahhh..baru tahu info ni.
    btw, jemputlah join giveaway kita

    ReplyDelete