Misi mencari buku Harry Potter edisi pertama. Mission impossible?


Buku atau novel Harry Potter ada banyak bahasa yang diterjemahkan termasuk lah Bahasa Melayu. Lebih 10 tahun buku Harry Potter versi BM dah terbitkan. Keseluruhannya ada 7 buah buku. Kali terakhir aku beli buku Harry Potter masa zaman sekolah dulu. Tahun 2007. Buku terakhir dalam siri bertajuk Harry Potter dengan Azimat Maut.

Nostalgia


Aku ingat lagi waktu tu. Aku sempat kumpul semua buku Harry Potter. Bayar guna wang pos sebab masa tu shopping online tak wujud lagi. Pakai duit sendiri. Sanggup ikat perut makan roti je kat sekolah. Paling tak boleh blah, siap bawak ke sekolah lagi. Masa cikgu tak masuk kelas, apa lagi. Aku baca buku Harry Potter untuk isi masa.

Dan disebabkan aku minat sangat waktu tu, aku siap buat karangan pasal Harry Potter dalam subjek English. Kisah pasal budak yang masuk dunia ajaib dan jumpa batu hikmat. Tapi rupa-rupanya tu hanya lah sekadar mimpi dia. Yang peliknya bila dia tengok bawah katil, ada seketul batu kat situ. Sebijik macam batu hikmat. Jeng jeng jeng!

Tak lama lepas tu, bila dah masuk universiti, entah ke mana semua buku aku tu pergi. Ada yang pinjam tak pulang balik. Sekarang takde satu pun dalam simpanan aku. Ketujuh-tujuh buah menghilang meninggalkan tuannya yang setia membaca tanpa jemu.


Sekarang terdetik kat hati aku untuk kumpul semula buku edisi pertama keluaran Pelangi. Pelangi ni satu-satunya syarikat buku kat Malaysia yang dapat lesen sah untuk terjemah dan terbitkan buku Harry Potter.

Edisi baru bermula 2019.

Apa lagi, aku cari lah kat pelusuk Shopee dan Lazada. Kecewa. Takde satu pun yang jual edisi lama. Ada yang pre-loved tapi aku nak cari yang belum dibaca lagi. Seingat aku, bermula tahun 2019, semua seller jual buku edisi kedua. Sebab Pelangi terbitkan buku dengan cover baru. Aku fikir macam tak logik semua stok buku lama habis kan? Padahal baru je dua tahun lepas buku baru masuk. Takkan buku lama dah habis dijual? Atau dah pulang kembali kepada syarikat Pelangi?

Pengembaraan bermula - Lumos Maxima


Bermula lah pengembaraan aku untuk cari buku edisi pertama ni. Rasanya lebih 50 buah kedai buku yang aku call. Mulanya aku contact syarikat Pelangi. Katanya diorang memang takde stok. Lepas tu, aku contact kedai buku ternama kat Malaysia (MPH, Popular, Kinokuniya, MBS). Semua stok dah habis.


Tapi ada satu kedai yang aku berjaya jumpa buku-buku Harry Potter edisi pertama iaitu SMO (Syarikat Muda Osman). Betapa gembiranya aku bila dapat tahu yang diorang masih lagi ada stok buku edisi pertama tu. Apa lagi, terus aku pergi ke kedai tu dan beli. Tapi satu tajuk tak cukup: Harry Potter dengan Banduan Azkaban.

Meriah diskaun dia.

Staf tu dah check outlet lain. Takde jugak. Aku contact HQ. Pun takde jugak. Takde cara lain. Dengan menggunakan kuasa Internet, aku cari dan call kedai buku kat setiap negeri. Berpuluh-puluh kedai dan sampai malam pun aku call jugak. Nasib baik kedai-kedai tu belum tutup lagi.

Pengembaraan berakhir - Nox



Akhirnya jumpa jugak kedai yang ada jual buku Harry Potter dengan Banduan Azkaban. Kedai kat KL. Punya lah aku excited tak terhingga masa tu. Macam menang cabutan bertuah pulak. Tapi nak pergi sana memang jauh. Nasib baik boleh pos. Aku mintak dia pos kat aku.


Banyak lagi rupanaya stok yang kedai tu ada. Rasanya ni antara kedai yang masih lagi jual stok buku Harry Potter edisi pertama kat Malaysia ni. Kedai lain bila aku tanya, kebanyakannya cakap dah habis terjual dan kalau tak terjual pun, diorang akan pulangkan semua kepada supplier. Ada kontrak beberapa tahun gitu. Macam roti Gardenia yang dijual kat kedai. Bila expired, supplier akan datang ambil.


28 November 2021, buku yang aku tercari-cari selamat sampai kat tangan aku. Setelah banyak kedai mencari, dapat jugak aku kumpul kesemua set buku edisi pertama ni semula. Buku-buku ni sangat memberi makna bagi aku. Bukan hanya sekadar nostalgia tapi titik tolak minatnya aku dengan dunia Harry Potter. Bukan tu je, buku Harry Potter dengan Banduan Azkaban ni buku pertama dalam siri Harry Potter yang aku beli masa zaman sekolah. Beli dalam bulan puasa. Sanggup tak tidur langsung lepas sahur sebab nak habiskan baca satu buku tu.

Untuk gaiss kat luar sana yang masih lagi simpan buku BM edisi pertama ni, simpan lah elok-elok. Suatu hari nanti buku-buku ni akan jadi naskhah yang sangat berharga.

Post a Comment

8 Comments

  1. ha..kali ni jangan bagi orang pinjam dah. Tahniah berjaya kumpulkan kesemuanya! Awak memang gigih. saya tak pernah baca versi bahasa Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Buku HP saya start baca dari versi BM. Lepas tu baru baca versi BI kat pustaka awam.

      Delete
  2. Wah siap ada buku . Ccl peminat movie harry potter . Memang xjemu jemu

    ReplyDelete
  3. Salam. Nak Tanya, kat mana kedai nye tu. Sy nk cari juga sbb buku 1 2 5 dh hilang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jilid 3 tu saya beli kat Minerva Book Store. Jilid lain saya beli kat SMO.

      Minerva: 03-26924416
      SMO: 09-7733555

      Cuba contact kedai-kedai ni.

      Delete
  4. Assalam, kalau saya nak mintak awak tolong tanyakan dua kedai tu if mereka ada jual lagi boleh tak? saya ni jenis malu sikit...tapi saya teringin sangat nk beli buku edisi pertama tu, nostalgia sangat 😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Huhu. Better tanya sendiri lagi senang sebenarnya. Mudah nak deal dengan kedai nanti. 😊

      Delete