Siri komik badminton Malaysia part 1: Jejak Juara.


Seingat aku, kali terakhir aku layan komik pasal badminton adalah komik Anak-Anak Sidek. Tu pun tak silap tahun 2009. Terjumpa buku-buku lama sebelum pindah rumah. Lepas pindah, hilang entah ke mana.

Sekarang dah ada komik moden. Nak kata baru tak jugak lah. Tapi boleh dikategorikan sebagai komik alaf baru. Tak banyak pun komik pasal badminton kat Malaysia ni. Antara komik yang aku baru baca adalah komik dari pelukis Leow Yung Ting iaitu Jejak Juara.


Sebenarnya komik badminton dari Mr Leow ni ada 4 bijik. Hanya satu je yang tak diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Sebab buku tu lama sangat katanya.
  1. 怪咖羽毛球
  2. Jejak Juara
  3. Kembar Unggul
  4. Gelanggang Alfa



Aku suka gaya lukisan pelukis ni. Simple dan comel. Jalan cerita setiap komik pun mudah nak faham. Mungkin komik ni disasarkan untuk golongan remaja dan kanak-kanak. Tapi tak salah kan kalau golongan dewasa pun nak baca?

Sinopsis


Komik Jejak Juara berkisarkan pasal budak lelaki bernama Que yang pada mulanya tak berminat pun dengan badminton. Masa kat sekolah, setiap pelajar mesti join satu kelab sukan. Disebabkan takde sukan yang sesuai untuk dia, Que pun ikut kawan perempuan dia, Ella ke tempat pemilihan ahli baru kelab badminton.

Dan disebabkan dia pandang rendah kat sukan badminton, seorang senior, Asmawi cabar dia untuk bertarung. Que kalah tapi ada seseorang yang perasan bakat Que dalam badminton. Bermula dari situ lah Que mula dilatih bermain badminton dan sertai kejohanan kat peringkat yang lebih tinggi.

Ulasan


Gaya lukisan yang bersahaja tapi penuh dengan isi yang berguna. Dalam komik Jejak Juara ni, ada diselitkan beberapa info berkaitan badminton termasuk lah skil dan teknik yang digunakan untuk bermain badminton.


Sebenarnya, banyak sangat komik yang dihasilkan pelukis tempatan yang sangat berkualiti. Contohnya macam keluaran Gempak Starz dan Komik-M. Even dalam 7e pun banyak komik dari Gempak Starz yang dijual. Harga pun mampu milik. Buku online? Ada je. Tapi bagi peminat komik, buku fizikal masih lagi menjadi pilihan utama.

Post a Comment

0 Comments