Varian Omicron dah masuk Malaysia?


Sekarang ada varian COVID-19 yang baru iaitu Omicron. Pertama kali dikesan di Afrika Selatan. Setakat ni varian Omicron menular di lebih 20 buah negara termasuk Malaysia.

Beberapa buah negara dah mula ban penerbangan keluar masuk Afrika Selatan dan ada negara yang ban terus penerbangan seperti Israel, Jepun dan Morocco. Malaysia pun dah ban beberapa penerbangan termasuk Afrika Selatan untuk halang varian ni dari merebak ke sini.


Omicron dikategori sebagai variant of concern yang perlu dititik berat sebab berisiko tinggi. Dikatakan varian ni mempunyai bilangan mutasi yang banyak, di mana ianya mampu buatkan virus COVID-19 mudah berjangkit dan kurang dipengaruhi oleh vaksin. Maksudnya, vaksin sedia ada belum mampu cegah varian Omicron ni.

Omicron yang dikesan di seluruh dunia. Sumber: Oh Twenty20 Media

Kronologi kedatangan Omicron ke Malaysia

  1. Seorang pelajar 19 tahun yang bukan warganegara tiba ke Malaysia (KLIA) dari Singapura pada 19 November 2021.
  2. Pelajar tersebut datang dari Afrika Selatan untuk melawat keluarga sebelum ke Singapura.
  3. Setibanya di KLIA, pelajar berkenaan menaiki bas yang disediakan oleh universiti untuk ke IPTnya di Ipoh, Perak.
  4. Kesemua 5 kontak rapat di dalam bas didapati negatif.
  5. Kini, KKM sedang membuat pengesanan semua kontak rapat (dalam pesawat, lapangan terbang dan kawasan pelajar tu berada).

Semoga Malaysia dilindungi daripada varian Omicron ni. Harap masing-masing terus kekal jaga SOP. Kurangkan aktiviti riadah luar melibatkan orang ramai sehingga KKM bagitau keputusan berkaitan varian ni nanti.

Post a Comment

12 Comments

  1. Mudah2an satu kes itu dapat dikawal daripada menular

    ReplyDelete
  2. pulak dah. bila entah nak habis covid ni. kadang-kadang cam malas dah nak amik tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam-macam varian. Risau bila takde ubat lagi.

      Delete
  3. Senoga Malaysia baik2 sahaja . Virus yg ada sekarang ini pun belum betol2 pulih

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Rimas nak kena pakai mask selalu.

      Delete