Pengalaman guna servis Lalamove.


Alkisahnya malam tadi aku nak hantar komik kat kakak aku. Kebetulan adik aku datang kat rumah dia. Dan kebetulan jugak birthday adik aku tu bulan ni. Banyak betul kebetulan kan? Aku tak tahu nak beli apa bagi dia sebab jarang jumpa. Tak silap aku dia dah masuk tingkatan satu tahun ni.

Aku ingat dulu masa jumpa dia dua tahun lepas, dia mintak aku beli komik Lawak Kampus. Masa tu tengah tunggu nak masuk pawagan layan cerita Ejen Ali. Dia ternampak kedai buku Popular masa tengah jalan kat mall. Tapi aku pulak demam. Memang tak larat nak jalan jauh. Sampai lah habis filem, terlupa nak beli. Merajuk pulak dia.

Terdetik hati semalam nak bagi komik Lawak Kampus tu. Kakak aku pergi cari kat MPH tapi takde satu pun Lawak Kampus kat sana. Staf sana kata stok tak masuk. Pelik jugak aku. Seingat aku MPH lah yang paling banyak jual komik Lawak Kampus selain 7e.

Kakak aku pulak malas pergi 7e sebab jauh jarak dari situ nak ke rumah. Bukan sehala katanya. Aku pun, apa lagi. Cuba Grab tapi driver tak nak. Last-last masa aku contact kedai buku Pustaka Rakyat, staf tu kata boleh guna Lalamove untuk beli barang.

Dapat kupon lepas order.

Lalamove ni bukan macam Grab yang siap ada list barang yang kita nak beli. Lalamove lebih kepada runner yang akan tolong kita beli barang yang kita nak. Aku inform rider tu yang aku nak beli komik Lawak Kampus. Aku pun dah inform staf kedai buku untuk reserve komik tu siap-siap. Kiranya nanti Lalamove akan datang kedai tu dan beli pakai duit sendiri dulu.


Alhamdulillah. Urusan dipermudah. RM5 untuk caj penghantaran dibayar kepada runner tu. Tapi aku mintak kakak aku bagi lebih sikit. Niat sedekah. Berjaya jugak komik tu diberikan kepada adik aku. Walaupun lama tak jumpa, harapnya dia sihat-sihat selalu. Lalamove takde kat tempat tinggal aku sekarang ni. Kalau ada, memang akan aku guna jugak servis ni nanti.

Post a Comment

8 Comments

  1. tak pernah lagi guna khidmat lalamove

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh cuba kalau ada kecemasan untuk beli barang.

      Delete
  2. oh.macam runner ye. thanks share. saya pun minat Lawak Kampus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Macam runner jugak. Ada jugak yang guna lori untuk pindah barang. 👍

      Delete
  3. Tak pernah lagi guna khidmat Lalamove...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kecemasan untuk beli barang nanti, boleh cuba. Servis pun bagus.

      Delete
  4. Murah juga caj perkhidmatan.

    ReplyDelete