Nak tengok Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore (2022).


Trailer filem ke-3 siri Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore dah keluar minggu lepas. Teruja pulak tengok beberapa scene yang cukup menarik. Memang betul, setiap kali muncul filem terbaru Fantastic Beasts ni, terasa dia punya aura tu. Lagi-lagi bila ada scene yang melibatkan Harry Potter macam Hogwarts dan runut bunyi yang akan buatkan penonton dan peminat teringat kat siri Harry Potter.


Filem ni kesinambungan dari kisah (putera yang tertukar) dalam filem sebelum ni. Tertanya-tanya apa pertalian Credence dengan Dumbledore. Diorang saudara ke? Dan Credence ni kat mana sebenarnya? Sebab dalam siri Harry Potter, tak diceritakan pun pasal Credence.

1. Filem tanpa novel.

Antara yang best dalam Fantastic Beasts. Kalau dalam siri Harry Potter, filem diadaptasi dari novel, tapi dalam Fantastic Beasts ni, 100% jalan cerita dihasilkan secara original. Hanya team produksi dan pelakon yang tahu jalan cerita. Dan disebabkan ni lah, ramai yang excited termasuk aku untuk tengok filem ke-3 daripada 5 filem ni.

2. Filem tanpa Johnny Depp.

Kali ni, watak Gellert Grindelwald digantikan dengan pelakon lain. Tiada lagi Johnny Depp. Untuk pengetahuan, Johnny Depp tarik diri tak lama dulu. Sebab kes kontroversi dia dengan bekas bini dia. Jujurnya, aku lebih prefer lakonan Johnny Depp sebagai Gellert Grindelwald. Terasa serasi dia dengan watak tu.

3. Filem tanpa Harry Potter.

Ini sudah tentu. Walaupun ada scene kat Hogwarts, tapi zaman ni Harry and the geng belum wujud lagi. Even Voldemort pun masih bayi lagi masa zaman Grindelwald baru nak up. JK Rowling memang pandai bila masukkan elemen Harry Potter dalam filem ke-3 ni. Peminat Harry Potter confirm berebut nak tengok nanti.

4. Rahsia Dumbledore terbongkar?


Aku nak tahu sangat rahsia sebenar yang Dumbledore simpan selama ni. Kalau siapa yang baca novel atau tengok filem Harry Potter, antara rahsia peribadi yang Dumbledore simpan adalah pasal pembuhuhan Muggle (atau No-Maj) oleh ayah dia dan kematian adik dia, Ariana.

Dalam filem terbaru ni, aku tertanya-tanya apakah rahsia peribadi yang Dumbledore tak nak orang lain tahu. Kesnya dia ni sangat berahsia. Even Harry yang paling rapat dengan dia pun tak banyak benda yang dia kongsikan. Walaupun trailer dah keluar, tapi filem ni hanya akan ditayang pada bulan April tahun depan. Lambat lagi. Sementara tu, boleh lah repeat baca novel Harry Potter.

 P.S. Semoga dipermudahkan segala jua urusan mangsa-mangsa banjir untuk dapatkan perlindungan dan kebajikan.

Post a Comment

0 Comments