Shopee: Tempoh masa penghantaran dari China.


Selalunya aku order barang dari China sebab murah. Seller Malaysia ada je jual tapi harga barang yang sama lagi mahal berbanding China. Lagi satu, barang yang aku nak, takde dijual kat Malaysia. Nak tak nak, kena beli order jugak dari negara Tembok Besar tu walaupun makan masa untuk sampai.

Walaupun barang tu dari China, jangka masa penghantaran tak sama sebelum masuk Malaysia. Sebab negara tu kan besar. Sorting center kat sana tu pun banyak. Ada dalam 3 hari pun dah sampai depan rumah barang tu. Kadang China proses cepat je tapi bila masuk Malaysia. Tapi kurier Malaysia ambil masa yang lama untuk deliver. Jadual bawah ni aku kira bermula dari tarikh item sampai kat sorting center China sehingga lah item tu sampai kat tangan aku.

Shenzen

Item Dari gudang China Dari gudang Malaysia Kurier Total
1 4 hari 3 hari ABX 7 hari
2 3 hari 1 hari CJ 4 hari
3 5 hari 1 hari SPX 6 hari
4 5 hari 1 hari J&T 6 hari
5 5 hari 1 hari ABX 6 hari
6 3 hari 5 hari BEST 8 hari
7 3 hari 1 hari SPX 4 hari
8 2 hari 2 hari CJ 4 hari
9 5 hari 1 hari ABX 6 hari
10 1 hari 2 hari J&T 3 hari
11 4 hari 1 hari CJ 5 hari
12 4 hari 1 hari CJ 5 hari
13 3 hari 2 hari J&T 5 hari
14 4 hari 3 hari J&T 7 hari
15 4 hari 4 hari CJ 8 hari

Yiwu

Item Dari gudang China Dari gudang Malaysia Kurier Total
1 8 hari 0 hari ABX 8 hari
2 6 hari 1 hari CJ 7 hari
3 7 hari 2 hari CJ 9 hari
4 6 hari 1 hari CJ 7 hari
5 12 hari 1 hari CJ 13 hari

Shanghai

Item Dari gudang China Dari gudang Malaysia Kurier Total
1 6 hari 3 hari SPX 9 hari
2 4 hari 1 hari SPX 5 hari
3 9 hari 1 hari ABX 10 hari
4 5 hari 1 hari SPX 6 hari
5 6 hari 0 hari CJ 6 hari

Quanzhou

Item Dari gudang China Dari gudang Malaysia Kurier Total
1 6 hari 1 hari SPX 7 hari

Hong Kong

Item Dari gudang China Dari gudang Malaysia Kurier Total
1 3 hari 1 hari SPX 4 hari

Masa penghantaran akan berubah bergantung kepada hari-hari tertentu macam hari perayaan, cuti dsb. Kalau boleh, elakkan expect jangka masa penghantaran dari China dengan jangka masa penghantaran kat Malaysia. Kadang China lagi pantas dari kurier Malaysia. Bergantung kepada kapasiti sesuatu gudang jugak. Kalau pos satu negeri tapi barang gudang diorang bertimbun-timbun, tetap lambat jugak sampai.

Post a Comment

2 Comments

  1. Sebut aje barang apa yang kita hendak,
    China ada produknya

    ReplyDelete
  2. Rasa macam seksa tunggu. Akak pernah juga beli barang dari US lebih seminggu. Hehe. Pasal murah sanggup beli.

    ReplyDelete