Mencuba Ayam Pedas Nyonya KFC.


KFC buat promo baru bermula minggu lepas. Promo kali ni simple je. Ayam Pedas Nyonya. Pernah makan masakan Nyonya? Seingat aku, belum pernah aku rasa lagi. Yang aku tahu, ada lagu pasal Nyonya yang biasa aku nyanyi masa kecik dulu bila keluar main dengan kawan-kawan waktu petang.

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Senarai menu dan harga.

Katanya antara bahan yang digunakan untuk hasilkan Ayam Pedas Nyonya ni termasuk lah bunga kantan, serai, daun limau purut dan bawang merah. Serius aku tak tahu rasa sebenar masakan Nyonya macam mana. Bila nak komen pasal menu baru ni, rasa macam not fair. Tapi aku cuba komen berdasarkan cita rasa aku dan tahap kesukaan tekak aku untuk telan ayam ni.

  • Rupa: Ayam ni jelas nampak menarik dengan taburan kepingan berwarna merah dan hijau yang aku suspek mungkin lada dan daun limau purut.
  • Bau: Macam ada bau tom yam sikit. Bau wangi dan tak macam ayam pedas biasa tu. Macam bau Sawadee Crunch pun ada.
  • Rasa: Pedas? Boleh tahan. Tak terlalu pedas. Tapi kalau budak makan, confirm cari air. Rasa macam tom yam sikit. Mungkin sebab ada bunga kantan dan daun limau purut.

Nasi goreng dari Ayam Pedas Nyonya.

Secara keseluruhan, usaha yang bagus dari KFC untuk cuba promote masakan Baba Nyonya kat Malaysia ni. Kalau macam ni rasa masakan tu, not bad lah. Boleh je aku makan ayam sampai habis. Sedap? Aku prefer ayam Exra Hot & Spicy. Aku suka rupa dan rasa pedas tu yang lain daripada lain. Ayam Pedas Nyonya ni sedap je. Tapi kombinasi rasa tu mengingatkan aku ayam yang KFC pernah buat promo sebelum ni.

Post a Comment

15 Comments

  1. Baru-baru ini Naim mencuba burger kuah kandar memang tak masuk (selera) dengan kuah kari yang kuat dengan burger. Better kepada nasi it ok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah kandar tu bila baca review, ramai kata tak best. Nasib baik saya tak beli. 😅

      Delete
  2. Ada menu baru. Nampaknya KFC pun rajin kenalkan perisa-perisa baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Memang tahun ni banyak betul perisa baru.

      Delete
  3. dah cuba jugakk . betul , rasa ada macam tomyam sikit kann haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Untuk penggemar tom yam memang akan suka ayam baru ni.

      Delete
  4. belum cuba lagi,..dah lama juga tak makan kfc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kak. Saya makan KFC pun bila ada promo baru. Lepas tu memang tengok je lah. 😂

      Delete
  5. tak pernah cuba lg, nmpk menarik jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik. Lagi-lagi bila fusion dengan masakan budaya kat Malaysia.

      Delete
  6. Boleh rasa ni... Dah lama tak makan KFC

    ReplyDelete