Mackerel Goreng dalam Sos Cili. Best ke?


Kalau beli sardin atau mackerel, selalunya aku beli yang biasa punya. Yang ada gambar ikan hidup tu. Dan biasanya aku akan pilih jenis sardin sebab lagi sedap berbanding mackerel. Sardin dan mackerel tak sama tau walaupun rasa dan rupa seakan sama. Aku pernah baca yang sardin ni lebih banyak mineral dan vitamin berbanding mackerel.

Masa singgah pasar raya, terjumpa pulak jenis goreng ni. Harga RM3.99 untuk satu tin ni. Nampa gambar kat tin tu macam promising sangat. Macam ada ketulan cili yang mewarnai kehidupan mackerel tu.


Mana-mana sardin pun kalau masak memang wajib ada telur dadar. Tak berseri kalau takde tau. Bagi aku lah. Orang lain aku tak tahu. Sebab aku dah terbiasa dari kecik lagi makan macam ni dengan famili.

Best ke? Rasa mackerel goreng ni memang tak sama dengan sardin biasa. Boleh katakan jauh beza mengikut lidah aku. Rasa jenis goreng ni lebih kepada kering dan tak berkuah. Dah goreng namanya kan? Nak buat jadi kuah boleh je tapi aku review berdasarkan out of the box. Tekstur ikan tu pun tak selicin sardin atau mackerel biasa. Tapi rasa memang bercili dan pedas dari jenis biasa. Jadi, aku kategorikan jenis ni sebagai sedap dan berbaloi untuk dimakan.

Post a Comment

12 Comments

  1. Ammi pun biasanya beli sardin.. Mackerel agak keras.

    ReplyDelete
  2. Sedap makan masa hujan2. tapi saya suka yang sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Selalu cari yang sardin berbanding mackerel.

      Delete
  3. Tidak pernah jumpa lagi jenis goreng.
    Keluarga memang beli mackeral. Saya makan sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Selalu kalau famili beli, kita makan je.

      Delete
  4. Pernah sekali mkn jenis ni..sedap jg, ha'ah..kering sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tak tahu nak masak macam mana resepi goreng ni. Tak boleh guna cara sama macam yang biasa nanti rasa lari.

      Delete
  5. Belum jumpa lagi jenis bergoreng. Maksudnya sos dalam tu sikit je lah eh dan bercili. suka dua dua sardin dan mackerel. Kadang terasa nak makan sardin, kadang mackerel.

    ReplyDelete